Utama Aktiviti Jabatan PROGRAM BICARA DAN PERKONGSIAN, MENELUSURI 1 MEI 2026: PEKERJA MADANI KESUMA BANGSA...

PROGRAM BICARA DAN PERKONGSIAN, MENELUSURI 1 MEI 2026: PEKERJA MADANI KESUMA BANGSA ZON SABAH (PENUTUPAN)

18
0
Sandakan | 27 April 2026
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melabuhkan tirai siri jelajah Program Bicara dan Perkongsian bagi Zon Sabah di Sandakan sebagai sebahagian pengisian menuju Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan pada 1 Mei 2026.
Majlis penutup disempurnakan oleh YBrs. Encik Sutekno Bin Ahmad Belon, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) KESUMA yang turut menzahirkan takziah kepada mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan.
Program ini menjadi platform libat urus strategik menghimpunkan pekerja, majikan dan kesatuan sekerja untuk membincangkan isu perburuhan serta cadangan penambahbaikan secara konstruktif. Di bawah aspirasi Malaysia MADANI, pasaran buruh kekal kukuh dengan 17.3 juta tenaga buruh dan kadar pengangguran rendah 2.9%. KESUMA terus memperkukuh reformasi termasuk Akta Pekerja Gig 2025, Kajian Semula Gaji Minimum serta pemerkasaan AKF dan MYFutureJobs.
Kemuncak sambutan akan berlangsung pada 1 Mei 2026 di Unifi Arena, Bukit Jalil sebagai simbol penghargaan kepada pekerja, selaras teras Kesejahteraan, Keadilan dan Ihsan.
Artikel sebelum iniPROGRAM BRISK WALK DAN PICNIC SANTAI PUSPANITA KESUMA 2026

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini