Putrajaya | 11 Mei 2026
Seramai 23 penerima telah diraikan menerusi 15 kategori Anugerah Pencapaian JHEKS Tahun 2025 yang melibatkan pengiktirafan kepada JHEKS Ibu Pejabat, JHEKS Negeri serta pegawai-pegawai JHEKS atas pencapaian dan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2025.
Turut disampaikan 12 penerima Anugerah Penghargaan Ketua Pengarah JHEKS Tahun 2025 sebagai tanda penghargaan kepada yang telah memberikan sumbangan bermakna dan komitmen tinggi kepada jabatan ini.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Pencapaian JHEKS Tahun 2025 atas komitmen, dedikasi dan kecemerlangan yang telah ditunjukkan sepanjang melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus memperkukuh budaya kerja cemerlang serta meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dan warga pekerja.
“Kecemerlangan Diraikan, Dedikasi Dihargai”



