Utama Bahagian / Unit

Bahagian / Unit

Bahagian Pergerakan Kesatuan Sekerja

Objektif Bahagian

  1. Memastikan permohonan pendaftaran Kesatuan Sekerja, persekutuan Kesatuan Sekerja dan pergabungan dengan persekutuan Kesatuan Sekerja mengikut kehendak undang-undang;
  2. Memastikan kes-kes tuntutan pengiktirafan Kesatuan Sekerja melibatkan penyiasatan isu kelayakan diselesaikan mengikut kehendak undang-undang;
  3. Memastikan urusan berkaitan perancangan dan penyelidikan ke atas perkara-perkara berikut dikendalikan dengan tepat dan berkualiti:-
    • Penetapan dan pemantauan dasar jabatan;
    • Penyediaan dan pelaksanaan Business Plan serta Sasaran Kerja Tahunan, – kajian semula ke atas Piagam Pelanggan;
    • Kajian semula ke atas Akta Kesatuan Sekerja 1959;
    • Kajian dan analisis statistik Kesatuan Sekerja;
    • Kajian ke atas profil kesatuan/pegawai Kesatuan Sekerja serta;
    • Kajian ke atas pergerakan Kesatuan Sekerja.

Fungsi Bahagian

  1. Memproses permohonan-permohonan seperti berikut:-
    • Pendaftaran Kesatuan Sekerja/persekutuan Kesatuan Sekerja;
    • Notis pertukaran pegawai/pekerja Kesatuan Sekerja;
    • Pertukaran pejabat berdaftar Kesatuan Sekerja.
  2. Mengurus dan mengendalikan kes-kes mengenai isu kelayakan;
  3. Memproses permohonan pergabungan dengan persekutuan Kesatuan Sekerja;
  4. Memproses permohonan pergabungan dengan badan perunding luar Malaysia
  5. Memproses notis pembubaran Kesatuan Sekerja dan permohonan pembatalan sijil perakuan pendaftaran Kesatuan Sekerja atas permintaan Kesatuan Sekerja;
  6. Memproses pembatalan Kesatuan Sekerja yang tidak mematuhi Akta Kesatuan Sekerja 1959;
  7. Menetapkan dan memantau pelaksanaan dasar Jabatan;
  8. Menjalankan urusan pengumpulan, penyelidikan dan penganalisisan ke atas statistik Jabatan, profil Kesatuan Sekerja dan pegawainya, serta pergerakan Kesatuan Sekerja;
  9. Menguruskan perkara-perkara yang berkaitan dengan kursus pengurusan Kesatuan Sekerja;
  10. Memproses permohonan cuti tanpa rekod untuk tujuan kursus anjuran Kesatuan Sekerja.

Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan

Objektif Bahagian

  1. Menguatkuasakan Akta Kesatuan Sekerja 1959, Peraturan-Peraturan Kesatuan Sekerja 1959 dan Peraturan-Peraturan Kesatuan Sekerja;
  2. Memastikan Kesatuan-Kesatuan Sekerja mematuhi perundangan Kesatuan Sekerja bagi mewujudkan Kesatuan-Kesatuan sekerja yang bertangggungjawab dan memberi manfaat kepada ahli-ahli khasnya dan para pekerja amnya;
  3. Memberi khidmat nasihat mengenai perundangan Kesatuan Sekerja agar Kesatuan Sekerja boleh berfungsi dengan cekap, adil dan berkesan.

Fungsi-Fungsi Bahagian

  1. Menjalankan pemeriksaan penguatkuasaan pengurusan kewangan dan pentadbiran Kesatuan Sekerja;
  2. Merekodkan Penyata Kewangan Tahunan Kesatuan Sekerja;
  3. Meluluskan perlantikan Juruaudit Luar yang bertauliah;
  4. Mendaftarkan permohonan pendaftaran peraturan-peraturan baru atau pindaan peraturan-peraturan Kesatuan Sekerja;
  5. Mendaftarkan permohonan pertukaran nama Kesatuan Sekerja;
  6. Mengendalikan pertikaian dalaman Kesatuan yang dirujuk secara bersesama oleh pihak-pihak yang terlibat dalam pertikaian;
  7. Mengendalikan aduan-aduan berkaitan Kesatuan Sekerja;
  8. Memastikan pengendalian undi sulit ke atas perwakilan, pemilihan pegawai, permohonan mogok dan tutup pintu/sekat masuk (lock-out), pindaan peraturan, levi dan penyatuan Kesatuan Sekerja mengikut peruntukan undang-undang;
  9. Menjalankan tindakan pendakwaan. 

Bahagian Khidmat Sokongan

Objektif Bahagian

  1. Memastikan hal-hal pentadbiran perjawatan, perkhidmatan, kewangan, belanjawan dan pembangunan sumber manusia diurus dengan cekap dan berkesan serta mengikut peraturan-peraturan semasa;
  2. Memastikan perolehan, penyelenggaraan, keselamatan dan pelupusan aset serta harta modal Jabatan adalah diurus dengan baik dan memenuhi peraturan-peraturan semasa.

Fungsi Bahagian

  1. Pentadbiran Am dan keselamatan Jabatan;
  2. Pengurusan fail dan rekod;
  3. Penyelenggaraan peralatan dan harta modal Jabatan;
  4. Urusan perkhidmatan dan perjawatan;
  5. Pengurusan perakaunan dan kewangan termasuk belanjawan, emolumen, perolehan dan tuntutan mengikut peraturan-peraturan kewangan kerajaan;
  6. Merancang dan melaksanakan latihan dalaman kepada pegawai dan kakitangan Jabatan;
  7. Menguruskan kemudahan dan keperluan ICT.