Utama Mengenai JHEKS

Mengenai JHEKS

Sejarah Penubuhan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) 

Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja dahulunya dikenali sebagai Pejabat Pendaftaran Kesatuan Sekerja telah ditubuhkan pada bulan Julai 1946 untuk menguatkuasakan Enakmen Kesatuan Sekerja 1940.

Di bawah enakmen ini, sesebuah kesatuan sekerja yang ditubuhkan diwajibkan memohon untuk pendaftaran kepada Pendaftar Kesatuan Sekerja. Pendaftaran kesatuan sekerja bermula pada tahun 1947 dan pada penghujung tahun tersebut sebanyak 298 kesatuan sekerja telah didaftarkan dengan jumlah keanggotaan seramai 195,113.

Enakmen Kesatuan Sekerja 1940 telah digantikan dengan Ordinan Kesatuan Sekerja 1959 yang berkuatkuasa mulai I Jun 1959. Ordinan ini telah diperluaskan ke Sabah dan Sarawak dalam tahun 1965 setelah Malaysia ditubuhkan. Setelah penyemakan semula dibuat oleh Suruhanjaya Penyemakan Undang-undang dalam tahun 1981, Ordinan ini telah dinamakan semula sebagai Akta Kesatuan Sekeria 1959.

Nama Pejabat Pendaftaran Kesatuan Sekerja telah ditukar kepada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja dalam tahun 1989. Selaras dengan pertukaran nama Jabatan ini, gelaran Ketua Jabatan telah juga ditukar daripada Pendaftar Kesatuan Sekeria kepada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja untuk mencerminkan peranan dan tanggungjawab sebenar selain daripada mendaftarkan kesatuan sekerja.

Piagam Pelanggan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja

Kami berazam untuk memberi perkhidmatan yang bermutu, cekap, tegas, mesra, adil dan saksama sebagai usaha untuk memuaskan hati pelanggan kami dalam aspek-aspek berikut:-

  • Memproses permohonan pendaftaran kesatuan sekerja dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh permohonan diterima.
  • Memproses permohonan penggabungan dengan persekutuan kesatuan sekerja atau badan perunding antarabangsa dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh permohonan diterima.
  • Menjalankan siasatan isu kelayakan kesatuan sekerja untuk mewakili pekerja sesebuah syarikat dalam tempoh 14 hari dari tarikh isu dirujuk.
  • Memproses permohonan pengecualian daripada semua  atau mana-mana peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Kesatuan Sekerja dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh permohonan diterima.
  • Memproses permohonan pendaftaran peraturan-peraturan baharu dan pindaan peraturan-peraturan kesatuan sekerja dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh permohonan diterima.
  • Menjalankan siasatan kes aduan kesatuan sekerja dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh aduan diterima.
  •  Memberi maklum balas terhadap pertanyaan-pertanyaan pelanggan dalam tempoh 24 jam.

Fungsi Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja

  • Menguatkuasakan Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan Peraturan-Peraturan Kesatuan Sekerja 1959.
  • Menyelia, mengarah dan mengawal secara am mengenai semua perkara yang berkaitan dengan Kesatuan Sekerja di Negara ini.
  • Menimbangkan permohonan-permohonan untuk pendaftaran Kesatuan Sekerja yang ditubuhkan oleh para pekerja dan majikan.
  • Memastikan Kesatuan Sekerja yang berdaftar bergerak mengikut undang-undang Kesatuan Sekerja, perlembagaan dan peraturan-peraturan Kesatuan Sekerja itu sendiri.
  • Menasihati pegawai-pegawai dan ahli Kesatuan Sekerja mengenai aspek-aspek pentadbiran, kewangan dan perundangan Kesatuan Sekerja.
  • Menasihatkan Y.B. Menteri Sumber Manusia mengenai undang-undang dan polisi yang berkaitan dengan Kesatuan Sekerja khasnya dan perkara perburuhan amnya.

Fungsi Kesatuan Sekerja

  • Mewujudkan saluran perhubungan di antara majikan dan pekerja.
  • Menjaga kebajikan dan faedah anggota-anggota.
  • Mewakili anggota kesatuan sekerja dalam pertikaian perusahaan.
  • Mengadakan aktiviti yang dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota.
  • Menyimpan, mengemaskini dan menyelenggara daftar anggota.
  • Mengadakan mesyuarat jawatankuasa secara berkala mengikut peraturan-peraturan kesatuan sekerja.
  • Menguruskan kewangan dan menyelenggara akaun kesatuan sekerja mengikut undang-undang.
  • Memastikan kesatuan sekerja bergerak mengikut kehendak undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkaitan.

Pendaftaran Kesatuan Sekerja

Aktiviti utama jabatan ini adalah untuk menimbang dan membuat keputusan permohonan pendaftaran kesatuan sekerja. Sesebuah kesatuan sekerja perlu didaftarkan bagi membolehkannya menikmati hak dan keistimewaan sebagai sebuah kesatuan yang sah di sisi undang-undang. Pendaftaran kesatuan boleh dibuat menerusi e-TUIS.

Visi dan Misi Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja

Visi

Menjadi agensi yang unggul dalam pengurusan dan pembangunan pergerakan Kesatuan Sekerja.

Misi

Memastikan Kesatuan Sekerja bergerak secara demokratik dan bertanggungjawab bagi mewujudkan suasana perhubungan perusahaan yang harmoni.

Objektif

Memastikan Kesatuan Sekerja bergerak dengan sihat bagi mewujudkan warga kerja yang berpuas hati, berdisiplin dan produktif ke arah pencapaian matlamat pembangunan sosio-ekonomi Negara.

KETUA PEGAWAI MAKLUMAT (CIO)

Encik Roslee Sabaruddin Abu

roslee@mohr.gov.my

03-88862326