Utama Aktiviti Jabatan PROGRAM BICARA DAN PERKONGSIAN MENELUSURI 1 MEI 2026: PEKERJA KESUMA BANGSA ZON...

PROGRAM BICARA DAN PERKONGSIAN MENELUSURI 1 MEI 2026: PEKERJA KESUMA BANGSA ZON UTARA SEMPENA HARI PEKERJA

33
0

Perak | 09 April 2026

Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Perak telah mengadakan Program Bicara Dan Perkongsian Menelusuri 1 Mei 2026 : Pekerja Kesuma Bangsa Peringkat Zon Utara Sempena Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2026 bertempat di ADTEC JTM Kampus Ipoh. Perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, Datuk Rospiagos bin Taha dan kata aluan disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Asri bin Abdul Wahab, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia.
 
Sebanyak 300 penyertaan yang melibatkan pelbagai pihak antaranya Kesatuan Sekerja, Pelajar ADTEC, Majikan/Syarikat dan Wakil Jabatan/Pempamer.
Pocket Talk pertama telah disampaikan oleh Puan Logarani Mathivanan, Pegawai Psikologi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Perak bertajuk “Minda Sihat, Prestasi Hebat”. Pocket Talk kedua juga disampaikan oleh Puan Logarani Mathivanan, Pegawai Psikologi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Perak bertajuk “Budaya Kerja Toksik : Punca, Kesan dan Cara Mengatasinya”.
Manakala Sesi Dialog Industri bertajuk “Kesejahteraan Mental Pekerja : Tanggungjawab Bersama” telah dikendalikan oleh Encik Muhammad Aliff bin Ahmad Kamal dari Jabatan Tenaga Kerja Perak bersama-sama 4 ahli panel sesi dialog iaitu Tuan Haji Mohd Asri bin Abdul Wahab (Ketua Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja), Dr. Khalis Amali bin Mohamed Zuki (Pegawai Perubatan UD14, Hospital Bahagia Ulu Kinta), Dr. Sutha a/p Balakrishnan (Ketua Seksyen Kesihatan Pekerjaan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak) dan Encik Mohamed Nasharuddin Iskandar Shah (Perunding Perundangan dan Perhubungan Perindustrian Malaysian Employers Federation (MEF) Perak).
 
JHEKS Perak mengucapkan terima kasih kepada urusetia bersama JHEKS HQ, JHEKS Pulau Pinang, Mahkamah Perusahaan Perak, Jabatan Tenaga Kerja Perak dan ADTEC JTM Kampus Ipoh serta semua peserta yang hadir dalam menjayakan program pada kali ini.
Artikel sebelum iniPROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) JHEKS SABAH BERSAMA PEJABAT PARLIMEN BATU SAPI

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini