Utama Aktiviti Jabatan KESUMA TERUS PERKASA KESATUAN SEKERJA MELALUI GERAN PHEKS 2026 PERINGKAT SARAWAK

KESUMA TERUS PERKASA KESATUAN SEKERJA MELALUI GERAN PHEKS 2026 PERINGKAT SARAWAK

66
0
Kuching | 2 Julai 2026
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menerusi Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) terus memperkukuh komitmen dalam membela kebajikan pekerja dan memperkasa peranan kesatuan sekerja melalui Majlis Penyerahan Geran Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) Tahun 2026 Peringkat Sarawak.
Majlis penutup siri penyerahan geran PHEKS Tahun 2026 ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Azman Bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha KESUMA di The Waterfront Hotel, Kuching.
Sebanyak 23 kesatuan sekerja di Sarawak menerima geran berjumlah RM310,000 bagi melaksanakan program yang memberi fokus kepada pengukuhan tadbir urus organisasi, pembangunan kepimpinan serta peningkatan keupayaan dan kemahiran ahli kesatuan.
Dalam ucapannya, YBhg. Datuk Haji Azman Bin Mohd Yusof menegaskan bahawa Kerajaan MADANI komited memperkukuh kebajikan pekerja dan mengiktiraf kesatuan sekerja sebagai rakan strategik dalam mewujudkan hubungan perusahaan yang harmoni serta melindungi hak dan kepentingan pekerja.
Beliau turut memaklumkan pelbagai inisiatif strategik KESUMA yang telah dilaksanakan, termasuk Perintah Gaji Minimum, Akta Pekerja Gig 2025 dan Skim LINDUNG 24 Jam PERKESO, sebagai usaha memperkukuh perlindungan sosial serta kesejahteraan tenaga kerja negara.
PHEKS dijangka terus memperkasakan kapasiti dan tadbir urus kesatuan sekerja, sekali gus menyumbang kepada pembangunan modal insan yang berdaya saing serta kemakmuran negara.
Berikut adalah pautan teks ucapan perasmian YBHG KSU KESUMA Majlis Penyerahan Geran PHEKS 2026 Peringkat Sarawak bagi rujukan: Klik Disini
Artikel sebelum iniPROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) JHEKS NEGERI PAHANG TAHUN 2026
Artikel seterusnyaMAJLIS PENYERAHAN GERAN PROGRAM HAL EHWAL KESATUAN SEKERJA (PHEKS) 2026 PERINGKAT SABAH

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini