Utama Aktiviti Jabatan MAJLIS PENYERAHAN GERAN PROGRAM HAL EHWAL KESATUAN SEKERJA (PHEKS) 2026 PERINGKAT SABAH

MAJLIS PENYERAHAN GERAN PROGRAM HAL EHWAL KESATUAN SEKERJA (PHEKS) 2026 PERINGKAT SABAH

64
0

Majlis Penyerahan Geran Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) Tahun 2026 Peringkat Sabah telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji (Dr.) Musa Haji Aman, Yang di-Pertua Negeri Sabah.

 

Turut hadir Datuk Ewon Benedick, Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Sabah; Dato’ Ahmad Firdaus Baharuddin, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan, Kewangan & Sumber Manusia, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA); serta Puan Anita Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia.

Sebanyak 38 kesatuan sekerja di Sabah menerima Geran PHEKS 2026 berjumlah RM310,000 bagi melaksanakan program yang memfokuskan kepada pengukuhan tadbir urus organisasi, pembangunan kepimpinan serta peningkatan keupayaan dan kemahiran ahli kesatuan.

Inisiatif ini membuktikan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasa peranan kesatuan sekerja sebagai rakan strategik kerajaan untuk melindungi kebajikan pekerja, memperkukuh hubungan perusahaan yang harmoni serta menyokong pembangunan tenaga kerja yang berkemahiran, produktif dan berdaya saing.

Berikut dikongsikan pautan foto penuh Majlis Penyerahan Geran Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) Tahun 2026 Peringkat Sabah: Klik DisiniĀ 

Artikel sebelum iniKESUMA TERUS PERKASA KESATUAN SEKERJA MELALUI GERAN PHEKS 2026 PERINGKAT SARAWAK

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini