Majlis Penyerahan Geran Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) Tahun 2026 Peringkat Sabah telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji (Dr.) Musa Haji Aman, Yang di-Pertua Negeri Sabah.


Turut hadir Datuk Ewon Benedick, Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Sabah; Datoā Ahmad Firdaus Baharuddin, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan, Kewangan & Sumber Manusia, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA); serta Puan Anita Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia.

Sebanyak 38 kesatuan sekerja di Sabah menerima Geran PHEKS 2026 berjumlah RM310,000 bagi melaksanakan program yang memfokuskan kepada pengukuhan tadbir urus organisasi, pembangunan kepimpinan serta peningkatan keupayaan dan kemahiran ahli kesatuan.




Berikut dikongsikan pautan foto penuh Majlis Penyerahan Geran Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) Tahun 2026 Peringkat Sabah: Klik DisiniĀ




