SANDAKAN | 19 April 2026
Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) bersama Pejabat Parlimen Batu Sapi telah berjaya dilaksanakan melalui Program Sumbangan Sentuhan Prihatin KESUMA di Batu Sapi pada 19 April 2026 (Ahad), bertempat di Masjid Wasattiyah Batu Sapi. Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri Sumber Manusia.

Antara pengisian program termasuk penyerahan sumbangan dua (2) buah penghawa dingin dan dua (2) buah lampu solar kepada pihak masjid bagi meningkatkan kemudahan dan keselesaan jemaah.

Selain itu, sebanyak 100 buah bakul Rahmah turut diserahkan kepada penduduk setempat yang memerlukan sebagai usaha meringankan beban kos sara hidup.
Program ini turut diserikan dengan perkhidmatan percuma menukar minyak hitam motorsikal oleh pelajar ADTECJTM Sandakan kepada pengunjung yang hadir.

JHEKS Sabah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah hadir menjayakan program ini dengan penuh komitmen dan sokongan.
OFFICIAL MEDIA : BY IZZINITY STUDIO



