PASIR GUDANG, JOHOR | 22 MEI 2026

Program Kesedaran Berkesatuan di kalangan pelajar-pelajar Kolej Teknologi Termaju Jabatan Tenaga Manusia (ADTEC JTM) telah diadakan di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang, Johor. Program ini dirasmikan oleh Ts. Eza binti Mozaid, Timbalan Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang.

Seramai 150 orang pelajar termasuk urus setia yang terlibat pada program kali ini. Program ini merupakan salah satu usaha JHEKS bagi mempromosikan faedah menubuhkan dan menyertai Kesatuan Sekerja. Program ini turut melibatkan penceramah dari Pertubuhan Keselamatan Sosial Johor (PERKESO).





