Utama Aktiviti Jabatan PROGRAM BICARA DAN PERKONGSIAN MENELUSURI 1 MEI 2026: PEKERJA KESUMA BANGSA PERINGKAT...

PROGRAM BICARA DAN PERKONGSIAN MENELUSURI 1 MEI 2026: PEKERJA KESUMA BANGSA PERINGKAT ZON SELATAN SEMPENA HARI PEKERJA 1 MEI 2026

21
0

Batu Pahat, Johor | 15 April 2026

Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Johor telah mengadakan Program Bicara Dan Perkongsian Menelusuri 1 Mei 2026: Pekerja Kesuma Bangsa Peringkat Zon Selatan Sempena Hari Pekerja 1 Mei 2026 bertempat di ADTEC JTM Kampus Batu Pahat. Perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia , Puan Anita binti Ahmad dan kata aluan disampaikan oleh Puan Rafizah Binti Abdul Manan,Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Johor.
Seramai 275 penyertaan yang melibatkan pelbagai pihak antaranya Kesatuan Sekerja (117), Pelajar Adtec (84), Penduduk Setempat/Komuniti (37), Majikan/Syarikat (8), Pekerja GIG (3) dan Wakil Jabatan/Pempamer (26).
Ceramah pertama telah disampaikan oleh Dr. Sharifah Nor Sabira binti Dato’ Hj. Syed Mohd Ali Ketua Seksyen Kesihatan Pekerjaan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Johor bertajuk “Pengurusan Kesihatan Mental & Stress”. Ceramah kedua pula telah disampaikan oleh Puan Noratishah binti Mohamed Senior Manager, J.K. Wire Harness Sdn. Bhd. bertajuk “We Build Sustainable Growth”.
Manakala sesi bual bicara telah dikendalikan oleh Puan Aniza binti Abd Rahim dari Mahkamah Perusahaan Johor bersama-sama 3 ahli panel iaitu Dr. Sharifah Nor Sabira binti Dato’ Hj. Syed Mohd Ali, Puan Noratishah binti Mohamed dan Tn. Hj. Zainuddin bin Mohd Noh (Panel Wakil Pekerja) Presiden Kesatuan Kakitangan Pelaksana Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
JHEKS Johor mengucapkan terima kasih kepada urusetia bersama JHEKS Melaka, Mahkamah Perusahaan dan ADTEC JTM Kampus Batu Pahat, Johor serta semua peserta yang hadir dalam menjayakan program pada kali ini.
Artikel sebelum iniKESUMA LANCAR PROGRAM BICARA DAN PERKONGSIAN “MENELUSURI 1 MEI 2026: PEKERJA KESUMA BANGSA”
Artikel seterusnyaPERHIMPUNAN BULANAN JHEKS DAN MAJLIS SEKALUNG BUDI SEINDAH KENANGAN

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini