Utama Uncategorized BICARA DAN PERKONGSIAN MENELUSURI 1 MEI 2026: PEKERJA MADANI KESUMA BANGSA PROGRAM...

BICARA DAN PERKONGSIAN MENELUSURI 1 MEI 2026: PEKERJA MADANI KESUMA BANGSA PROGRAM FOR THE SARAWAK ZONE

38
0
KOTA SAMARAHAN, SARAWAK | 23 APRIL 2026
Program Bicara dan Perkongsian Menelusuri 1 Mei 2026: Pekerja MADANI KESUMA Bangsa Zon Sarawak anjuran JHEKS Sarawak dan Mahkamah Perusahaan Malaysia Cawangan Sarawak telah diadakan di ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan.
Seramai 400 peserta yang terdiri daripada pekerja sektor awam, pekerja sektor swasta, ahli kesatuan sekerja, pekerja gig, majikan, pelajar IPTA dan warga KESUMA Sarawak telah menghadiri program ini yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja Malaysia Puan Anita binti Ahmad yang mewakili Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Malaysia.
Program yang menjadi platform penyampaian maklumat terkini berkaitan hak pekerja, keselamatan sosial dan peningkatan kemahiran telah diisi dengan sesi ceramah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan tajuk ” Caruman Untuk Perlindungan Pekerjaan”. Panel Sesi Bicara daripada Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan dan Universiti Malaysia Sarawak telah membicarakan dengan tajuk ” Cegah Kemalangan Di mana Sahaja”.
Pameran di bawah agensi KESUMA di Sarawak dan Jualan Keusahawanan Pelajar ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan juga turut diadakan sepanjang program berlangsung.
Jutaan terima kasih kepada ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan yang telah memberi komitmen dalam penganjuran program ini.
 
Terima kasih juga kepada agensi KESUMA di Sarawak, penceramah, panel sesi bicara, para peserta yang turut menjayakan Program Bicara Dan Perkongsian Menelusuri 1 Mei 2026.
Artikel sebelum iniBICARA DAN PERKONGSIAN MENELUSURI 1 MEI 2026: PEKERJA KESUMA BANGSA PROGRAM FOR THE EASTHERN ZONE
Artikel seterusnyaKESUMA PUSPANITA BRISK WALK AND CASUAL PICNIC PROGRAM 2026

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini