Utama Our Activities “SEJAMBAK KENANGAN, SEABAD RASA” CEREMONY IN CONJUCTION WITH THE RETIREMENT OF THE...

“SEJAMBAK KENANGAN, SEABAD RASA” CEREMONY IN CONJUCTION WITH THE RETIREMENT OF THE TRADE UNION DIRECTOR GENERAL

73
0
PUTRAJAYA | MAY 11TH, 2026
JHEKS telah mengadakan Majlis Sejambak Kenangan, Seabad Jasa sempena persaraan Tuan Haji Mohd Asri bin Abdul Wahab, Ketua Pengarah JHEKS yang akan bersara pada 13 Mei 2026. JHEKS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tuan Haji Mohd Asri atas segala jasa, pengorbanan serta khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.
Majlis yang penuh bermakna ini diadakan sebagai tanda penghormatan dan penghargaan sempena persaraan beliau setelah sekian lama menabur bakti, mencurah tenaga serta menyumbang kepada kecemerlangan jabatan.
 
Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah memainkan peranan yang amat bermakna dalam menyumbang kepada kecemerlangan organisasi melalui dedikasi, ketegasan serta keikhlasan dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.
Sesungguhnya, pemergian seorang insan yang banyak berjasa meninggalkan seribu satu kenangan dan akan sentiasa terpahat dalam ingatan seluruh warga JHEKS. Segala tunjuk ajar, nasihat dan pengorbanan yang dicurahkan akan terus menjadi inspirasi kepada generasi yang akan meneruskan perjuangan ini.
Seluruh warga JHEKS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala jasa dan bakti yang telah diberikan. Semoga Tuan Haji Mohd Asri sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, ketenangan jiwa serta kebahagiaan yang berpanjangan bersama keluarga tercinta dalam menempuh alam persaraan.
“Jasa dikenang, budi disanjung, kenangan tetap terpahat selamanya.”
Artikel sebelum iniJHEKS ACHIEVEMENT AWARD YEAR 2025

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini