BUKIT IBAM, MUADZAM SHAH, PAHANG | 26 – 27 JUN 2026
JHEKS Pahang telah berjaya menganjurkan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) JHEKS Negeri Pahang Tahun 2026 dengan kerjasama kesatuan-kesatuan sekerja, agensi kerajaan, sektor swasta serta rakan-rakan strategik.Program ini telah dirasmikan oleh Puan Anita binti Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah JHEKS dan menjadi platform mendekati masyarakat melalui pelbagai aktiviti kemasyarakatan, kebajikan serta perkhidmatan yang memberi manfaat kepada komuniti setempat.
Antara pengisian program yang telah diadakan ialah:
- Pameran Jabatan dan Agensi di bawah KESUMA;
- Pameran Kesatuan Sekerja, Agensi Kerajaan dan Sektor Swasta;
- Saringan Kesihatan Percuma;
- Taklimat Kerjaya oleh PERKESO;
- Taklimat Kerjaya oleh PLASMA MPOB;
- Penyampaian Sumbangan Bakul Rahmah;
- Minuman Percuma oleh Farm Fresh;
- Jualan Kraftangan oleh Penduduk Kampung Bukit Ibam;
- Program Penanaman “Hijau Bumi”;
- Jualan RAHMAH;
- Pameran Mobile Unit NIOSH;
- Gunting Rambut (RM1.00);
- Pertandingan Memasak Lemang Periuk Kera;
- Kenduri Rakyat;
- Gotong-royong membersihkan kawasan Masjid An-Nadhah;
- Senamrobik;
- Sukaneka Kanak-kanak dan Dewasa;
- Orienteering (Kategori Pelajar Sekolah dan Terbuka); dan
- Penukaran Minyak Hitam Motosikal (RM1.00).
Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada anggota kesatuan sekerja, warga JHEKS, wakil Kementerian, Jabatan dan agensi Kerajaan, institusi pendidikan, pasukan keselamatan, rakan strategik serta masyarakat sekitar Bukit Ibam.

Pelaksanaan program ini mencerminkan komitmen JHEKS dalam memperkukuh hubungan dengan komuniti, meningkatkan kesedaran mengenai peranan kesatuan sekerja serta mengeratkan kerjasama strategik antara kerajaan, sektor swasta dan masyarakat selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
JHEKS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada JHEKS Pahang serta terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga, masa dan kerjasama dalam menjayakan Program CSR JHEKS Negeri Pahang Tahun 2026.




