LANGKAWI, 4 Oktober 2024 – Persidangan Pegawai-Pegawai Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS Tahun 2024 telah diadakan buat ulung kalinya sebagai platform perkongsian ilmu dan pengalaman untuk membincangkan isu-isu semasa berhubung pentadbiran, skim perkhidmatan dan aktiviti operasi jabatan.
Ia merupakan langkah penting bagi memperkukuhkan hubungan dan kerjasama erat di kalangan pegawai-pegawai JHEKS. Persidangan ini telah diadakan selama empat hari bertempat di Pulau Langkawi.
Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Tuan Haji Mohd Asri bin Abdul Wahab telah merasmikan persidangan ini dan menghadiri sesi dialog bersama-sama pegawai-pegawai JHEKS.




