Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, 27 Februari – Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Pulau Pinang, Kedah dan Perlis telah mengadakan Bengkel Pemantapan Sistem e-TUIS Negeri Pulau Pinang, Kedah & Perlis bertempat di Kompleks Eureka, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dengan kehadiran 40 orang peserta.
Ceramah telah disampaikan oleh Puan Nur Azema Binti Hj Mohd.Khair dari Cawangan Teknologi Maklumat Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS).




