Utama Aktiviti Jabatan Kursus Pengurusan Kesatuan Siri Kedua Peringkat Negeri Perak

Kursus Pengurusan Kesatuan Siri Kedua Peringkat Negeri Perak

635
0
LUMUT, PERAK 21 Mac 2023 – Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Perak telah menganjurkan Kursus Pengurusan Kesatuan Siri Kedua Peringkat Negeri Perak.

Kursus yang dihadiri oleh seramai kira-kira 65 pegawai dan anggota-anggota kesatuan sekerja ini diadakan bagi tujuan memberikan penerangan dan penjelasan mengenai kaedah pengurusan kesatuan yang betul berdasarkan Akta Kesatuan Sekerja (Akta 262). Para peserta program turut didedahkan dengan maklumat berkaitan pengurusan dokumen dan rekod yang diwajibkan untuk dihantar ke Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja seperti Notis Perubahan Pegawai-Pegawai (Borang L), Penyata Tahunan (Borang N) dan borang-borang lain yang berkenaan.

Kursus ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja YBrs. Encik Kamal bin Pardi.
Artikel sebelum iniPelantikan Juruaudit Luar untuk mengaudit Akaun Kesatuan bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Mac 2023
Artikel seterusnyaMesyuarat Perancangan Strategik Kementerian Sumber Manusia Tahun 2023
Jawatankuasa Pembangunan Laman Web Rasmi Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS)

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini