Utama Aktiviti Jabatan Program CSR di Rumah Seri Kenangan Kuching, Sarawak

Program CSR di Rumah Seri Kenangan Kuching, Sarawak

1279
0

KUCHING, 4 Oktober 2023 – Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Sarawak dengan kerjasama Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) telah mengadakan program tanggungjawab sosial korporat (Corporate Social Responsibilities, CSR) di Rumah Seri Kenangan Kuching, Sarawak.

Pelbagai aktiviti diadakan di sepanjang program tersebut. Antaranya aktiviti senamrobik, gotong-royong dan penanaman pokok serta sumbangan makanan kepada penghuni-penghuni rumah kenangan.

Majlis penutup program ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja, YBrs. Tuan Kamal bin Pardi.

Pihak JHEKS Sarawak turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam program tersebut.

Artikel sebelum iniHari Bertemu Pelanggan KSM 2023 peringkat Zon Selatan
Artikel seterusnyaDewan Rakyat luluskan RUU Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2023
Jawatankuasa Pembangunan Laman Web Rasmi Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS)

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini