Putrajaya | 16 April 2026
Dalam suasana penuh kebersamaan, warga JHEKS Ibu Pejabat telah berhimpun bagi Perhimpunan Bulanan Januari, Februari dan Mac 2026. Tuan Haji Mohd Asri bin Abdul Wahab telah menyampaikan perutusan kepada pegawai JHEKS Ibu Pejabat yang kemudiannya disusuli dengan Majlis Sekalung Budi Seindah Kenangan, sebuah detik istimewa untuk menghargai insan-insan yang pernah mewarnai perjalanan organisasi ini.
Bukan mudah mengucapkan perpisahan, namun setiap langkah yang diatur pergi membawa bersama kenangan, pengalaman dan jasa yang tidak ternilai.


Pagi hari ke pekan lama,
Singgah sebentar membeli bekalan,
Walau berpisah jauh di mata,
Budi dan jasa kekal dikenangan.
Budi dan jasa kekal dikenangan.
Pegawai Bertukar Keluar:
• Puan Nur Azema binti Mohd Khair, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (CPM), Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP);
• Puan Shaema binti Mohd Hamim, Pegawai Teknologi Maklumat (CPM), Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP);
• Encik Mohd Rashdan bin Abd Rahman, Penolong Pengarah, Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan (BPP);
• Encik Md Rasyid bin Mokri, Penolong Pengarah, Bahagian Perancangan dan Dasar (BPD); dan
• Puan RB Sriprasanthi a/p Balakrishnan, Penolong Pengarah, Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP).
Pegawai Bersara:
• Puan Suraya binti Sahar, Ketua Pembantu Tadbir (P/O), Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP)

Setiap sumbangan yang ditinggalkan akan terus terpahat dalam lipatan sejarah JHEKS. Terima kasih atas dedikasi yang dicurahkan. Semoga tuan/ puan terus melangkah dengan penuh kejayaan dan kebahagiaan di destinasi baharu.
Tahniah juga diucapkan kepada penerima Anugerah Pegawai Contoh JHEKS 2026 iaitu:
• Cik Syafika Asreena binti Ahamad Shari (Januari);
• Encik Junhamizan bin Zainal (Februari); dan
• Puan Siti Rodziyah binti Abd Rahman (Mac).





