PUTRAJAYA, 6 Disember 2022 – YB Tuan V. Sivakumar, Menteri Sumber Manusia memulakan tugas rasminya hari ini di Kementerian Sumber Manusia bagi menjalankan mandat yang telah diberikan kepadanya.
Ketibaan YBM telah disambut oleh YBhg. Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) KSM, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KSM, Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua- Ketua Agensi di bawah KSM.







