Utama Aktiviti Jabatan TRANSFORMASI DIGITAL KESATUAN SEKERJA DIPERKASA MENERUSI BENGKEL e-TUIS 2025

TRANSFORMASI DIGITAL KESATUAN SEKERJA DIPERKASA MENERUSI BENGKEL e-TUIS 2025

430
0

Kuala Nerus, 25 Jun 2025 – Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Negeri Terengganu telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Sistem e-TUIS Tahun 2025 bertempat di Kompleks Kuliah Pusat, Universiti Malaysia Terengganu. Bengkel ini melibatkan penyertaan aktif daripada 20 buah kesatuan sekerja dari negeri Terengganu dan Kelantan.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Rosli bin Zakaria, Pengarah Kesatuan Sekerja bagi Negeri Terengganu dan Kelantan. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan penggunaan sistem e-TUIS secara optimum dan menyeluruh, selaras dengan kehendak pendigitalan sektor awam. Beliau turut menyeru agar para pegawai memainkan peranan penting dalam membantu proses permohonan serta pengurusan kesatuan melalui platform digital yang disediakan.

Bengkel ini telah dibimbing oleh penceramah dan fasilitator berpengalaman daripada Ibu Pejabat JHEKS. Antara objektif utama bengkel ini adalah untuk meningkatkan kefahaman serta kemahiran teknikal para peserta dalam mengendalikan sistem e-TUIS, sebuah platform digital utama yang menyokong pengurusan maklumat kesatuan sekerja di Malaysia.

Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen berterusan JHEKS dalam memperkasakan kesatuan sekerja melalui pendigitalan dan kecekapan sistem penyampaian, sejajar dengan aspirasi kerajaan ke arah perkhidmatan awam yang berdaya saing dan berinovasi.

Artikel sebelum iniMAJLIS PENYERAHAN PHEKS ZON UTARA 2025: KERAJAAN PERKASA GERAKAN KESATUAN SEKERJA DENGAN PERUNTUKAN TERTINGGI DALAM SEJARAH
Artikel seterusnyaCSR JHEKS PAHANG KUKUH HUBUNGAN KESATUAN DAN KOMUNITI TEMPATAN

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini