Kota Kinabalu, 24 Januari 2024 – Radio Sabah FM baru-baru ini telah mengadakan sebuah segmen wawancara bersama JHEKS Sabah. Segmen yang dikendalikan oleh DJ Eclaire ini berkesempatan menemubual Puan Wilhelmina dari JHEKS Sabah.
Antara topik yang dibincangkan termasuklah berkenaan latar belakang Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) dan juga program yang sedang diusahakan oleh pihak jabatan pada ketika ini, Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) 2024.




