Wyndham Acmar, Klang | Jumaat, 23 Mei 2025
Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) Tahun 2025 bagi Zon Tengah telah dilancarkan secara rasmi oleh YB Encik Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia di Wyndham Acamar, Klang pada hari ini.


Dalam ucapan perasmiannya, YB Menteri menekankan:
Matlamat 3K
- Fokus kepada Kemahiran, Kebajikan, dan Keberhasilan pekerja.
Hubungan Majikan-Pekerja
- Gaji minimum bukan ukuran tunggal – kesatuan boleh berunding CA dengan majikan.
- Wujudkan hubungan industri yang harmoni.
Inisiatif Kad Pekerja MADANI
- Kad diskaun 30% untuk ahli kesatuan – galak lebih ramai menyertai kesatuan.
Isu Global
- Dalam APEC: Ditegaskan hak pekerja tidak boleh dikompromi.
- Jangan hukum negara yang berusaha menjaga hak pekerja.


Sorotan Utama PHEKS 2025:
RM10 juta diperuntukkan berbanding RM5.8 juta pada 2024
551 permohonan diluluskan, bernilai RM7.15 juta
138 permohonan untuk Zon Tengah (Selangor & WP) – RM2.1 juta
5 kluster utama dibiayai, termasuk latihan, kajian dan pendigitalan
Kad Pekerja MADANI diperkenal – keistimewaan eksklusif ahli kesatuan!
Statistik Terkini (2024):
– 762 kesatuan berdaftar
– 1,038,435 ahli
– 240 Perjanjian Kolektif (CA) manfaatkan 67,644 pekerja
KESUMA terus komited memperkasa kesatuan sekerja demi masa depan pekerja yang lebih terjamin dalam kerangka MalaysiaMADANI.




