Utama Aktiviti Jabatan PUSPANITA JHEKS SEMARAKKAN SENYUMAN DI WAD MELUR

PUSPANITA JHEKS SEMARAKKAN SENYUMAN DI WAD MELUR

591
0

10 OGOS 2025 | HOSPITAL PARIT BUNTAR, PERAK

PUSPANITA Cawangan Kecil Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) telah mengadakan Program Menyantuni Kanak-Kanak di Wad Melur, Hospital Parit Buntar, Perak. Program ini diketuai oleh Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil JHEKS, Puan Raja Rosni binti Raja Kassim, sebagai salah satu usaha menyemarakkan nilai kasih sayang, prihatin, dan keprihatinan sosial terhadap masyarakat khususnya golongan kanak-kanak yang sedang menerima rawatan.

Mungkin imej 2 orang, seterika pakaian dan hospital

Dalam program ini, PUSPANITA Cawangan Kecil JHEKS telah menyerahkan sumbangan buku daripada Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan dan sumbangan keperluan daripada pihak PUSPANITA sendiri. Sumbangan ini diharapkan dapat memberikan kegembiraan serta semangat kepada kanak-kanak di wad berkenaan, di samping memupuk minat membaca dan menambah pengetahuan mereka walaupun berada di hospital.

Impak positif program ini jelas dirasai, bukan sahaja oleh kanak-kanak yang diraikan tetapi juga oleh warga hospital dan ahli PUSPANITA sendiri. Ia mengeratkan hubungan silaturahim antara agensi kerajaan, institusi kesihatan, dan komuniti setempat. Selain itu, ia menjadi platform untuk menyebarkan nilai kemanusiaan dan empati dalam kalangan masyarakat.

PUSPANITA Cawangan Kecil JHEKS berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan dan diperluaskan pada masa hadapan dengan penglibatan lebih banyak pihak. Diharapkan juga usaha sebegini menjadi inspirasi kepada semua pihak untuk terus bersama-sama menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat, selaras dengan semangat prihatin dan tanggungjawab sosial.

Mungkin imej 4 orang, hospital dan teks

PUSPANITA Cawangan Kecil JHEKS merakamkan ucapan penghargaan kepada pihak Hospital Parit Buntar, Perak dan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan atas sokongan padu yang diberikan. Semoga kerjasama yang terjalin ini akan terus subur demi manfaat bersama.

Artikel sebelum iniHARI KESATUAN SEKERJA SABAH 2025 TEGUHKAN SOLIDARITI PEKERJA SEBAGAI PEMANGKIN KEMAJUAN
Artikel seterusnyaKEJOHANAN SUPER 2025 PERKUKUH SOLIDARITI & KESEJAHTERAAN AHLI KESATUAN

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini