KUCHING, 16 Februari – Program Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah diadakan di Plaza Merdeka, Kuching, Sarawak. Bersempena program tersebut, JHEKS Sarawak turut mengadakan aktiviti khidmat nasihat dan klinik kesatuan sekerja sepanjang program berlangsung.
Dalam pada masa yang sama, Menteri Sumber Manusia YB Steven Sim Chee Keong turut mengunjungi reruai JHEKS Sarawak bagi memeriahkan suasana.
Beliau turut diiringi oleh Ketua Setiausaha KSM YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee bin Daud, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) YBrs. Encik Kamal bin Pardi dan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Sarawak, YBrs. Encik Awang Raduan bin Awang Omar.




