Utama Aktiviti Jabatan PHEKS ZON SELATAN 2025: PERKUKUH PERANAN KESATUAN SEKERJA DALAM EKOSISTEM PEKERJAAN INKLUSIF

PHEKS ZON SELATAN 2025: PERKUKUH PERANAN KESATUAN SEKERJA DALAM EKOSISTEM PEKERJAAN INKLUSIF

467
0
Holiday Villa Hotel, Johor Bahru | Selasa, 3 Jun 2025
Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) 2025 terus mengukuhkan kedudukan kesatuan sekerja sebagai pemacu ekosistem pekerjaan yang inklusif dan progresif. Bertempat di Holiday Villa Hotel, Johor Bahru, majlis PHEKS Zon Selatan ini menyaksikan pelbagai inisiatif yang mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkasakan suara pekerja.
Dengan peruntukan bersejarah sebanyak RM10 juta, peningkatan ketara berbanding RM5.8 juta tahun lalu, PHEKS 2025 menjadi bukti nyata sokongan kerajaan terhadap pembangunan gerakan kesatuan. Setakat ini, lebih 551 permohonan bernilai RM7.15 juta telah diluluskan merangkumi lima kluster utama: latihan dan pendidikan, kajian, penulisan ilmiah, pendigitalan dan pembelian perkakasan ICT.
Majlis turut menyaksikan pelancaran Buku Kajian dan Penulisan Ilmiah Berkaitan Kesatuan Sekerja, inisiatif penting dalam memperkasa pengetahuan serta keupayaan kepimpinan kesatuan di lapangan.
YB Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad, Timbalan Menteri Sumber Manusia, dalam ucapannya menegaskan bahawa sokongan ini adalah cerminan teras Malaysia MADANI, khususnya prinsip Keadilan, Kesejahteraan, dan Ihsan.
“Peruntukan ini bukan sekadar angka, ia lambang keprihatinan kerajaan terhadap kekuatan kesatuan sebagai ejen perubahan sosial dan penjaga hak pekerja,” ujarnya.
Beliau turut menekankan kepentingan dialog sosial tiga pihak sebagai asas pembentukan dasar yang adil dan seimbang antara kerajaan, majikan dan pekerja.
‎‎
Majlis ini mengukuhkan peranan kesatuan sebagai rakan strategik dalam menyuarakan aspirasi pekerja, serta memastikan kebajikan mereka terbela dalam landskap pekerjaan yang kian mencabar.
Artikel sebelum iniBENGKEL TRAINING OF TRAINERS (TOT) e-TUIS CHAMPION NEGERI PERKASA PENGETAHUAN DIGITAL PEGAWAI JHEKS
Artikel seterusnyaBENGKEL e-TUIS DORONG PENGGUNAAN MENYELURUH SISTEM DIGITAL KESATUAN SEKERJA

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini