Utama Aktiviti Jabatan PHEKS 2025 Zon Sarawak: KOMITMEN KESUMA PERKUKUH PERGERAKAN KESATUAN SEKERJA

PHEKS 2025 Zon Sarawak: KOMITMEN KESUMA PERKUKUH PERGERAKAN KESATUAN SEKERJA

245
0
Kuching, Sarawak | Khamis, 15 Mei 2025
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Jabatan Hal Ehwal Kesatuan (JHEKS) terus komited memperkasa suara pekerja dan kesatuan sekerja melalui Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) 2025 dengan peruntukan tertinggi dalam sejarah – RM10 juta!
Sejumlah RM7.15 juta diagihkan kepada kesatuan sekerja seluruh negara termasuk RM479,089 untuk Zon Sarawak dan RM2.85 juta diperuntukkan bagi Program Outreach dan CSR.
Sebanyak 1,049 permohonan diterima dan 551 permohonan telah diluluskan, merangkumi pelbagai kluster seperti latihan, kajian, penulisan ilmiah dan pembelian perkakasan komputer.
Majlis Penyerahan PHEKS 2025 Peringkat Sarawak telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Abdul Rahman Bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri Sumber Manusia di Imperial Hotel Kuching.
KESUMA berdiri teguh bersama pekerja demi kesatuan yang matang, progresif dan berpaksikan semangat Malaysia MADANI.
Artikel sebelum iniMAJLIS PENYERAHAN BANTUAN PROGRAM HAL EHWAL KESATUAN SEKERJA (PHEKS) TAHUN 2025 PERINGKAT ZON TIMUR
Artikel seterusnyaTRANSFORMASI PERUNDANGAN PERBURUHAN 2025 PERKUKUH PEMERKASAAN PEKERJA DI SABAH

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini