GENTING HIGHLANDS, 19 November 2023 – Persidangan Pegawai Kanan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) bagi tahun 2023 telah diadakan di Genting Highlands.
Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja Tuan Haji Mohd Asri bin Abd Wahab, Timbalan Ketua Pengarah Encik Roslee Sabaruddin Abu, Pengarah-Pengarah Bahagian, Pengarah-Pengarah Kesatuan Sekerja, Pegawai-Pegawai JHEKS di Ibu Pejabat dan juga di Negeri-Negeri turut hadir menjayakan persidangan yang diadakan selama empat hari tersebut.
Antara yang dibincangkan termasuklah pencapaian JHEKS sepanjang tahun 2023, penetapan dan perancangan 2024 serta sesi perkongsian maklumat tentang isu-isu semasa kesatuan sekerja.





