23 Januari 2026 | Dewan Serbaguna, SP3
Perhimpunan Bulanan & Amanat Ketua Pengarah JHEKS Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 23 Januari 2026 bertempat di Dewan Serbaguna Setia Perkasa 3.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Asri bin Abdul Wahab, Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja.

Antara pengisian program termasuk Amanat Tahun Baharu 2026, pengenalan pegawai baharu, deklamasi sajak oleh Encik Junhamizan, penyampaian sijil Pegawai Contoh Bulan Disember 2025 (Puan Usha Rani) serta sesi perkongsian ilmu bertajuk “Integriti Penjawat Awam” oleh Ketua Unit Integriti KESUMA, Encik Ho Ka Nyan.


JHEKS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga JHEKS atas komitmen dan kehadiran dalam menjayakan program ini, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.



