Utama Aktiviti Jabatan PEMERKASAAN PENGURUSAN KESATUAN SEKERJA MELALUI BENGKEL e-TUIS 2025 PERINGKAT NEGERI PERAK

PEMERKASAAN PENGURUSAN KESATUAN SEKERJA MELALUI BENGKEL e-TUIS 2025 PERINGKAT NEGERI PERAK

490
0

Tanjung Rambutan, Perak – Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Negeri Perak dengan kerjasama JHEKS Ibu Pejabat telah berjaya menganjurkan Bengkel Pemantapan Sistem e-TUIS Tahun 2025 bertempat di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah (ILKKM SAS).

Program latihan ini melibatkan penyertaan 22 kesatuan sekerja dari seluruh negeri Perak, sekali gus menjadi platform penting dalam usaha memperkukuh tadbir urus digital kesatuan melalui sistem Electronic Trade Union Information System (e-TUIS).

Bengkel ini dianjurkan oleh Pn. Joanna Inbarani A/P Thawamany, Pengarah JHEKS Negeri Perak, serta disokong oleh barisan penceramah dan fasilitator teknikal dari JHEKS Ibu Pejabat yang menyampaikan bimbingan secara langsung kepada para peserta.

Antara objektif utama bengkel ini adalah seperti berikut:

i) Meningkatkan kefahaman dan kemahiran pengguna dalam mengendalikan sistem             e-TUIS secara berkesan dan efisien.

ii) Mengenal pasti serta menangani isu teknikal yang dihadapi oleh pengguna sistem di          peringkat pelaksanaan.

iii) Memberi pendedahan kepada ciri baharu dan penambahbaikan sistem bagi                      mempertingkat fungsi serta kemudahan capaian e-TUIS.

iv) Memperkasa kerjasama antara pihak pelaksana dan pengguna dalam memastikan             urusan berkaitan kesatuan sekerja dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan               lancar.

Penganjuran bengkel ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan JHEKS Negeri Perak dalam menyokong inisiatif pendigitalan perkhidmatan awam, sejajar dengan matlamat Kerajaan untuk mempertingkat kecekapan sistem penyampaian dan tadbir urus kesatuan sekerja secara holistik.

Artikel sebelum iniCSR JHEKS PAHANG KUKUH HUBUNGAN KESATUAN DAN KOMUNITI TEMPATAN
Artikel seterusnyaBPP JHEKS ANJUR BENGKEL TASKFORCE SEMAKAN SEMULA AKTA KESATUAN SEKERJA 1959

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini