Utama Aktiviti Jabatan Majlis Perasmian Pameran Solidariti Pergerakan Kesatuan Sekerja di Malaysia Tahun 2024

Majlis Perasmian Pameran Solidariti Pergerakan Kesatuan Sekerja di Malaysia Tahun 2024

747
0

Putrajaya, 4 November 2024 –  Hari ini telah berlangsung Majlis Perasmian Pameran Solidariti Pergerakan Kesatuan Sekerja di Malaysia Tahun 2024 yang dirasmikan oleh YBhg. Datuk Azman Bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia. Majlis ini diadakan di Dewan Serbaguna KESUMA dengan tema yang bermakna, ‘KESATUAN SEKERJA MEMACU MALAYSIA MADANI’. Program ini bertujuan memperkukuh semangat solidariti dalam kalangan kesatuan sekerja di seluruh negara, di samping meningkatkan kesedaran tentang peranan penting kesatuan dalam memperjuangkan hak dan kebajikan pekerja di Malaysia.

Tema pameran tahun ini, ‘KESATUAN SEKERJA MEMACU MALAYSIA MADANI’, adalah seruan kepada semua untuk bersatu padu demi memperkukuh pergerakan kesatuan sekerja di Malaysia. Tema ini menekankan kepentingan kesatuan dan perpaduan dalam mencapai masa depan yang lebih cerah dan adil bagi setiap pekerja di negara kita. Pameran ini bukan hanya menghargai sejarah gemilang kesatuan sekerja tetapi juga menjadi platform untuk mengimbau kembali perjuangan para pekerja terdahulu, yang tetap teguh mempertahankan hak-hak pekerja.

Perjuangan mereka menjadi inspirasi kepada kita semua hari ini. Melalui usaha tanpa lelah dan penuh dedikasi, hak-hak pekerja di negara ini telah berjaya dipertahankan dan diperkasakan, mencerminkan cita-cita bersama menuju Malaysia yang lebih inklusif dan adil.

Artikel sebelum iniPertandingan Pidato Bersempena Bulan Muafakat Kesatuan Sekerja 2024
Artikel seterusnyaBENGKEL PEMANTAPAN SISTEM e-TUIS 2025 BAGI NEGERI MELAKA & NEGERI SEMBILAN

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini