Utama Aktiviti Jabatan MAJLIS PENYERAHAN PHEKS ZON UTARA 2025: KERAJAAN PERKASA GERAKAN KESATUAN SEKERJA DENGAN...

MAJLIS PENYERAHAN PHEKS ZON UTARA 2025: KERAJAAN PERKASA GERAKAN KESATUAN SEKERJA DENGAN PERUNTUKAN TERTINGGI DALAM SEJARAH

345
0
Ixora Hotel, Pulau Pinang | 22 Jun 2025 (Ahad)
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) terus memperkukuh gerakan kesatuan sekerja menerusi Majlis Penyerahan Bantuan Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) 2025 Peringkat Zon Utara, yang dirasmikan oleh YB Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia.
Majlis turut dihadiri oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang dan YBhg. Datuk Azman Bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha KESUMA, bersama pemimpin kesatuan dari Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak. Kehadiran mereka menzahirkan komitmen bersama kerajaan negeri dan persekutuan terhadap kebajikan pekerja.
Kerajaan memperuntukkan RM10 juta, peruntukan tertinggi dalam sejarah PHEKS, berbanding RM5.8 juta pada 2024. Daripada jumlah itu, RM7.15 juta diluluskan untuk 551 permohonan, termasuk RM1.51 juta bagi 124 permohonan dari Zon Utara. Sebanyak RM2.85 juta lagi diagih untuk program outreach dan khidmat masyarakat.
Dalam ucapan, YB Menteri menekankan PHEKS sebagai simbol iltizam KESUMA untuk memperkasa suara pekerja, sejajar prinsip Malaysia MADANI berteraskan Keadilan, Kesejahteraan dan Keterangkuman. Inisiatif ini bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi wadah memperkukuh kepimpinan kesatuan yang matang dan responsif.
Majlis ini turut mengiktiraf peranan penting kesatuan dalam memperjuangkan hak pekerja dan menyokong hubungan industri yang harmoni. Ia selaras dengan misi KESUMA menjadikan kesatuan sebagai rakan strategik kerajaan ke arah ekosistem pekerjaan yang inklusif dan adil.
Artikel sebelum iniBENGKEL e-TUIS DORONG PENGGUNAAN MENYELURUH SISTEM DIGITAL KESATUAN SEKERJA
Artikel seterusnyaTRANSFORMASI DIGITAL KESATUAN SEKERJA DIPERKASA MENERUSI BENGKEL e-TUIS 2025

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini