LUMUT, PERAK 21 Mac 2023 – Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Perak telah menganjurkan Kursus Pengurusan Kesatuan Siri Kedua Peringkat Negeri Perak.
Kursus yang dihadiri oleh seramai kira-kira 65 pegawai dan anggota-anggota kesatuan sekerja ini diadakan bagi tujuan memberikan penerangan dan penjelasan mengenai kaedah pengurusan kesatuan yang betul berdasarkan Akta Kesatuan Sekerja (Akta 262). Para peserta program turut didedahkan dengan maklumat berkaitan pengurusan dokumen dan rekod yang diwajibkan untuk dihantar ke Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja seperti Notis Perubahan Pegawai-Pegawai (Borang L), Penyata Tahunan (Borang N) dan borang-borang lain yang berkenaan.





