Utama Uncategorized KESUMA LANCAR PROGRAM BICARA DAN PERKONGSIAN “MENELUSURI 1 MEI 2026: PEKERJA KESUMA...

KESUMA LANCAR PROGRAM BICARA DAN PERKONGSIAN “MENELUSURI 1 MEI 2026: PEKERJA KESUMA BANGSA”

17
0
Subang | 2 April 2026
KESUMA melancarkan Program Bicara dan Perkongsian sebagai inisiatif utama sempena Sambutan Hari Pekerja 2026 yang akan berlangsung pada 1 Mei di Unifi Arena, Bukit Jalil.
Program ini menjadi platform memperkukuh hubungan tripartit antara kerajaan, majikan dan pekerja, di samping memastikan suara pekerja terus diangkat dalam pembentukan dasar negara.
YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia menegaskan kesejahteraan pekerja adalah amanah penting demi kemakmuran negara, selaras aspirasi Malaysia MADANI.
Malaysia kini merekodkan 17.28 juta tenaga buruh dengan kadar pengangguran sekitar 3%. Antara inisiatif utama termasuk Akta Pekerja Gig 2025 yang melindungi 1.64 juta pekerja gig serta Skim Pengembara PERKESO melibatkan hampir 400,000 pekerja.
Program jelajah Menelusuri 1 Mei turut dilaksanakan di beberapa zon utama bagi memastikan suara pekerja terus didengar.
Pelbagai pengisian turut dirangka termasuk Perhimpunan Mega Hari Pekerja, Karnival Kerjaya & Kemahiran, OSH Day, serta program komuniti lain sepanjang Mei 2026.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen kerajaan memperkukuh kesejahteraan pekerja selaras teras Ihsan, Kesejahteraan dan Kemampanan Malaysia MADANI.
Artikel sebelum iniProgram Corporate Social Responsibility (CSR) anjuran JHEKS Selangor dan WP dengan kerjasama Masjid Asy-Syakirin, Taman Puchong Utama

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini