Utama Aktiviti Jabatan KEJOHANAN SUPER 2025 PERKUKUH SOLIDARITI & KESEJAHTERAAN AHLI KESATUAN

KEJOHANAN SUPER 2025 PERKUKUH SOLIDARITI & KESEJAHTERAAN AHLI KESATUAN

850
0
Nibong Tebal, Pulau Pinang | 9 Ogos 2025 (Sabtu)
‎
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) menganjurkan edisi sulung Kejohanan Sukan Pekerja 2025 (SUPER) di USM Kampus Nibong Tebal dari 8 hingga 10 Ogos 2025, disertai lebih 500 peserta termasuk ahli kesatuan seluruh negara, wakil KESUMA, pengadil dan penyokong.
‎
Majlis perasmian disempurnakan oleh YBhg. Datuk Azman Bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha KESUMA yang menegaskan kejohanan ini menyokong prinsip Kesejahteraan dan Keterangkuman Malaysia MADANI melalui aktiviti kesihatan, perpaduan dan kebersamaan.
Mungkin imej 1 orang
‎
Kejohanan ini sebagai penghargaan kepada ahli kesatuan yang memperkasa suara pekerja dan memperkukuh ekosistem perburuhan, di samping memupuk semangat kesatuan, gaya hidup sihat dan hubungan erat pelbagai latar belakang.
Lima acara dipertandingkan iaitu bola sepak, bola jaring, badminton, picklewood dan e-sukan, melibatkan pasukan dari sembilan JHEKS negeri.
‎
Mungkin imej 11 orang, orang bermain bola sepak dan teks yang berkata 'iCtN ഫവളം SUMA YESUPN KESUMA സങറ KESUMA KESUMA KESUMA SUMA MngI KESOMA KESUMA KESUA odragan'
Sebagai kesinambungan, Perhimpunan Kesatuan Sekerja Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada 6 September 2025 di Pulau Pinang dengan penyertaan 3,000 ahli kesatuan dari seluruh negara.
‎
Artikel sebelum iniPUSPANITA JHEKS SEMARAKKAN SENYUMAN DI WAD MELUR
Artikel seterusnyaRUU Pekerja Gig 2025 Dibentang di Parlimen: Langkah Bersejarah Lindungi Hak 1.2 Juta Pekerja Gig

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini