Utama Aktiviti Jabatan BPP JHEKS ANJUR BENGKEL TASKFORCE SEMAKAN SEMULA AKTA KESATUAN SEKERJA 1959

BPP JHEKS ANJUR BENGKEL TASKFORCE SEMAKAN SEMULA AKTA KESATUAN SEKERJA 1959

442
0

Melaka – Bahagian Perundangan & Penguatkuasaan (BPP), Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) telah menganjurkan Bengkel Taskforce Semakan Semula Akta Kesatuan Sekerja 1959, Semakan Naskah Bersih Akta Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2024 dan Peraturan-Peraturan Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2024 bertempat di Grand Swiss-Belhotel, Melaka.

Bengkel intensif selama empat hari ini bertujuan untuk menyelaras dan meneliti semula pindaan terkini Akta Kesatuan Sekerja 1959 serta draf peraturan berkaitan, sejajar dengan usaha penambahbaikan landskap perundangan kesatuan sekerja negara. Penyertaan terdiri daripada pegawai-pegawai perundangan dan penguatkuasaan JHEKS dari seluruh negara, yang berperanan dalam penggubalan dan penyemakan dasar serta perundangan buruh.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Anita binti Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah JHEKS, yang dalam ucapannya menekankan kepentingan ketelitian dalam semakan perundangan bagi memastikan pematuhan terhadap prinsip keadilan, ketelusan dan perlindungan hak pekerja.

Bengkel ini juga memberi ruang kepada peserta untuk membincangkan implikasi pindaan dari sudut penguatkuasaan serta cabaran pelaksanaan di lapangan. Perbincangan teknikal yang dijalankan secara berfokus telah membantu menghasilkan draf akhir naskah bersih yang lebih mantap dan komprehensif.

Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua peserta atas komitmen dan sumbangan idea sepanjang bengkel ini. Semoga usaha ini menjadi satu langkah penting ke arah pengukuhan sistem perundangan kesatuan sekerja yang progresif dan berdaya tahan.

Artikel sebelum iniPEMERKASAAN PENGURUSAN KESATUAN SEKERJA MELALUI BENGKEL e-TUIS 2025 PERINGKAT NEGERI PERAK
Artikel seterusnyaPROGRAM CSR JHEKS 2025 PERKUKUH SEMANGAT KESATUAN DAN KEPRIHATINAN SOSIAL

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini