Utama Aktiviti Jabatan BENGKEL TRAINING OF TRAINERS (TOT) e-TUIS CHAMPION NEGERI PERKASA PENGETAHUAN DIGITAL PEGAWAI...

BENGKEL TRAINING OF TRAINERS (TOT) e-TUIS CHAMPION NEGERI PERKASA PENGETAHUAN DIGITAL PEGAWAI JHEKS

428
0

MELAKA, 30 Mei 2025 – Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) telah menganjurkan Bengkel Training of Trainers (TOT) Sistem Maklumat Kesatuan Sekerja Elektronik (e-TUIS) Champion Negeri Siri I & II bertempat di AMES Hotel, Melaka.

Bengkel ini melibatkan penyertaan seramai 12 orang pegawai dan pembantu tadbir JHEKS dari seluruh negara. Pelaksanaan bengkel turut dibantu oleh tujuh orang wakil daripada pihak pembekal sistem yang berperanan sebagai pembantu fasilitator dan penceramah teknikal yang diketuai oleh Cik Azrin binti Zulkeply.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Asri bin Abdul Wahab, Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja Malaysia. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menzahirkan harapan agar para pegawai JHEKS dapat memainkan peranan strategik dalam membantu kesatuan sekerja untuk beralih kepada kaedah permohonan digital melalui platform e-TUIS seiring dengan keperluan semasa dan aspirasi pendigitalan perkhidmatan awam.

Menurut beliau, pelaksanaan bengkel seumpama ini perlu diteruskan secara berstruktur dan berfasa bagi memastikan semua kesatuan sekerja memanfaatkan sepenuhnya kemudahan sistem e-TUIS dalam pengurusan hal ehwal kesatuan secara lebih cekap, telus dan berintegriti.

Bengkel ini bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan kemahiran teknikal pegawai, malah turut berfungsi sebagai platform pemindahan ilmu bagi melahirkan pegawai rujukan (champion) e-TUIS di peringkat negeri sekali gus memperkukuh keupayaan dalaman JHEKS dalam mendukung transformasi digital pengurusan kesatuan sekerja di Malaysia.

Artikel sebelum iniRM10 JUTA UNTUK MEMPERKASA KESATUAN SEKERJA!
Artikel seterusnyaPHEKS ZON SELATAN 2025: PERKUKUH PERANAN KESATUAN SEKERJA DALAM EKOSISTEM PEKERJAAN INKLUSIF

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini