Utama Aktiviti Jabatan BENGKEL PEMANTAPAN SISTEM e-TUIS 2025 BAGI NEGERI PAHANG PERKUKUH KEFAHAMAN DIGITAL WAKIL...

BENGKEL PEMANTAPAN SISTEM e-TUIS 2025 BAGI NEGERI PAHANG PERKUKUH KEFAHAMAN DIGITAL WAKIL KESATUAN

260
0

PAHANG, 8 Mei 2025 – Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) meneruskan inisiatif pendigitalan dengan menganjurkan Bengkel Pemantapan Sistem e-TUIS Tahun 2025 bagi Negeri Pahang yang telah diadakan di Bilik Latihan Komputer, BCIC Lodge, Bandar Indera Mahkota, Pahang.

Bengkel ini telah menghimpunkan 12 orang wakil kesatuan sekerja dari seluruh Negeri Pahang bertujuan untuk memperkukuh kefahaman dalam penggunaan Sistem Maklumat Kesatuan Sekerja Elektronik (e-TUIS) secara menyeluruh dan efisien.

Antara topik utama yang dibincangkan dalam bengkel ini merangkumi:

i. Proses pendaftaran perubahan pegawai kesatuan sekerja.
ii. Penghantaran notis perubahan pegawai atau jawatan dalam kesatuan.
iii. Penyediaan dan pemfailan penyata kewangan.
iv. Penyerahan penyata tahunan kesatuan sekerja.
v. Permohonan untuk pindaan nama kesatuan sekerja.
vi. Pindaan alamat rasmi kesatuan.
vii. Prosedur pindaan peraturan kesatuan.
viii. Pengurusan perakuan cuti tanpa rekod bagi pegawai kesatuan.

Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen JHEKS dalam memperkasa keupayaan kesatuan sekerja mengadaptasi sistem digital secara lebih sistematik, telus dan berkesan. Ia juga merupakan langkah penting ke arah tadbir urus kesatuan yang moden dan selari dengan aspirasi pendigitalan perkhidmatan awam negara.

Artikel sebelum iniBENGKEL PEMANTAPAN SISTEM e-TUIS 2025 BAGI NEGERI MELAKA & NEGERI SEMBILAN
Artikel seterusnyaKAD PEKERJA MADANI: HADIAH ISTIMEWA HARI PEKERJA, RINGAN BEBAN KOS SARA HIDUP

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini