Utama Aktiviti Jabatan BENGKEL e-TUIS DORONG PENGGUNAAN MENYELURUH SISTEM DIGITAL KESATUAN SEKERJA

BENGKEL e-TUIS DORONG PENGGUNAAN MENYELURUH SISTEM DIGITAL KESATUAN SEKERJA

654
0

Bangi, 19 Jun 2025 – Bengkel Electronic Trade Union Information System (e-TUIS) Tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya selama dua hari, bermula 18 hingga 19 Jun 2025 bertempat di Makmal Latihan Siber, Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Bengkel ini menghimpunkan wakil-wakil kesatuan sekerja dari seluruh negari Selangor dan Wilayah Persekutuan dengan objektif memperkasakan penggunaan sistem e-TUIS secara menyeluruh dalam pengurusan dan pelaporan berkaitan hal ehwal kesatuan sekerja.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja Malaysia, Tuan Haji Mohd Asri bin Abdul Wahab. Dalam ucapan beliau, Tuan Haji Mohd Asri menegaskan komitmen pihak kerajaan dalam memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan kepada kesatuan melalui pendigitalan.

“Saya berharap agar semua kesatuan sekerja dapat mengguna pakai sistem e-TUIS secara menyeluruh. Ini bukan sahaja akan memudahkan urusan pentadbiran dan permohonan, malah dapat meningkatkan ketelusan dan kecekapan dalam pengurusan data kesatuan,” ujar beliau.

Beliau turut menjelaskan bahawa permohonan di bawah Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) akan dinilai berdasarkan tahap penggunaan sistem e-TUIS oleh pihak kesatuan, sejajar dengan usaha transformasi digital yang sedang giat dijalankan.

Bengkel ini turut merangkumi sesi latihan praktikal, taklimat teknikal, serta forum interaktif yang memberi ruang kepada peserta untuk bertanya dan memahami dengan lebih mendalam mengenai ciri-ciri serta kelebihan sistem e-TUIS.

Penganjuran bengkel ini membuktikan kesungguhan pihak Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja dalam memperkukuh keupayaan digital dalam pengurusan kesatuan sekerja demi faedah bersama seluruh warga pekerja di Malaysia.

Artikel sebelum iniPHEKS ZON SELATAN 2025: PERKUKUH PERANAN KESATUAN SEKERJA DALAM EKOSISTEM PEKERJAAN INKLUSIF
Artikel seterusnyaMAJLIS PENYERAHAN PHEKS ZON UTARA 2025: KERAJAAN PERKASA GERAKAN KESATUAN SEKERJA DENGAN PERUNTUKAN TERTINGGI DALAM SEJARAH

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini