Johor Bahru, 26 September 2023 – Program Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Sumber Manusia (KSM) Peringkat Zon Selatan telah diadakan di Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru, Johor hari ini. Pengunjung diberikan peluang untuk bertanyakan pandangan dan juga khidmat nasihat berkenaan pelbagai agensi dan jabatan di bawah KSM.
Menerusi program tersebut seramai 22 orang pengunjung daripada lapan buah kesatuan sekerja telah bertemu mendapatkan khidmat nasihat dan panduan di reruai Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Johor.
Pihak JHEKS turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pegawai-pegawai JHEKS Johor yang menjayakan program tersebut.




