Utama Aktiviti Jabatan HARI KESATUAN SEKERJA SABAH 2025 TEGUHKAN SOLIDARITI PEKERJA SEBAGAI PEMANGKIN KEMAJUAN

HARI KESATUAN SEKERJA SABAH 2025 TEGUHKAN SOLIDARITI PEKERJA SEBAGAI PEMANGKIN KEMAJUAN

782
0
Kota Kinabalu, Sabah | 4 Ogos 2025 (Isnin)
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia (JHEKS) dengan sokongan Kerajaan Negeri Sabah telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Hari Kesatuan Sekerja Peringkat Negeri Sabah 2025 di ITCC, Kota Kinabalu, bertemakan “Solidariti Pekerja Pemangkin Kemajuan”.
Majlis disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor, Ketua Menteri Sabah, dan dihadiri lebih 2,000 pemimpin kesatuan, agensi kerajaan dan pemegang taruh industri. YB Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia, menegaskan kesatuan sekerja adalah tunjang Kesejahteraan, Keterangkuman dan Kebertanggungjawaban dalam kerangka Malaysia MADANI.
Mungkin imej 1 orang, dais dan teks
Sabah mempunyai 94 kesatuan berdaftar dengan lebih 58,000 ahli. Sejak 2024, sebanyak 342 Perjanjian Kolektif dimeterai, termasuk antara AMESU dan enam syarikat perladangan utama Sabah, memberi manfaat kepada lebih 5,000 pekerja.
Pelancaran Kad Pekerja MADANI turut mencatat kejayaan di Sabah dengan penyertaan lebih 100 syarikat yang menawarkan diskaun produk dan perkhidmatan sehingga 30%.
Mungkin imej 1 orang dan teks
Tiga pemaju perumahan juga menawarkan diskaun 5%-10% khas kepada pemegang Kad Pekerja MADANI bagi pembelian rumah pertama.
Majlis ini turut menzahirkan kejayaan penubuhan Majlis Penasihat Buruh Sabah (SLAC) sebagai platform tripartit untuk memperkukuh dasar perburuhan negeri yang lebih progresif.
Sebagai kesinambungan, Perhimpunan Kesatuan Sekerja Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada 6 September 2025 di Pulau Pinang. KESUMA melalui JHEKS akan terus memantapkan kepimpinan kesatuan, pendidikan buruh dan jaringan solidariti demi memastikan pekerja terus menjadi pemacu kemajuan negara.
Artikel sebelum iniMENYEMAI SEMANGAT PERKHIDMATAN: PERHIMPUNAN BULANAN JHEKS JULAI 2025
Artikel seterusnyaPUSPANITA JHEKS SEMARAKKAN SENYUMAN DI WAD MELUR

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini