Utama Aktiviti Jabatan PERSIDANGAN PENGARAH: KAJIAN SEPARUH PENGGAL (MID-TERM REVIEW) JHEKS TAHUN 2025

PERSIDANGAN PENGARAH: KAJIAN SEPARUH PENGGAL (MID-TERM REVIEW) JHEKS TAHUN 2025

516
0

22 – 25 Julai 2025 | Cherengin Hills Resort, Pahang

Bahagian Perancangan dan Dasar (BPD), Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) telah berjaya menganjurkan Persidangan Pengarah: Kajian Separuh Penggal (Mid-Term Review) Tahun 2025 pada 22 hingga 25 Julai 2025 bertempat di Cherengin Hills Resort, Pahang. Persidangan ini menghimpunkan barisan kepimpinan tertinggi JHEKS termasuk Ketua Pengarah JHEKS, Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah-Pengarah Kanan, Pengarah JHEKS Negeri, serta pegawai-pegawai kanan jabatan.

Objektif utama persidangan ini adalah untuk menilai pencapaian pelaksanaan Aktiviti Operasi JHEKS sehingga Jun 2025, menyemak semula Sasaran Kerja Utama (SKU) serta merangka strategi baharu untuk memperkukuh hala tuju jabatan bagi tempoh selebihnya sehingga hujung tahun. Pelbagai sesi pembentangan, perbincangan dasar serta Mesyuarat Utama JHEKS turut diadakan bagi membincangkan penambahbaikan dan pemantapan sistem penyampaian jabatan.

Antara impak positif hasil daripada persidangan ini termasuklah peningkatan kefahaman terhadap keutamaan jabatan, pemurnian semula perancangan strategik, pengukuhan komitmen terhadap pencapaian KPI, serta penyelarasan peranan antara JHEKS pusat dan negeri. Selain itu, satu Resolusi JHEKS telah dibentangkan sebagai panduan tindakan yang perlu dicapai sebelum Persidangan Pengarah Kanan akan datang.

Dalam ucapan penutupnya, Ketua Pengarah JHEKS menzahirkan penghargaan kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen tinggi sepanjang persidangan. Beliau turut menekankan betapa pentingnya penyelarasan strategik dan kecekapan pelaksanaan dalam memastikan JHEKS terus relevan dan responsif terhadap keperluan semasa kesatuan sekerja.

Beliau berharap agar semangat kebersamaan dan fokus terhadap matlamat jabatan dapat diteruskan oleh semua lapisan kepimpinan dan pegawai JHEKS. “Kita tidak boleh berpuas hati dengan kejayaan semasa, sebaliknya perlu terus bergerak proaktif ke hadapan, menyesuaikan strategi dan memperkukuh daya tahan organisasi.”

Semoga hasil persidangan ini menjadi pemangkin kepada pencapaian cemerlang JHEKS menjelang penghujung tahun 2025.

Artikel sebelum iniPROGRAM KESEDARAN BERKESATUAN DALAM KALANGAN PELAJAR ADTEC JTM KAMPUS MERSING: MENEROKA HAK, MEMBINA KESEDARAN AWAL
Artikel seterusnyaMENYEMAI SEMANGAT PERKHIDMATAN: PERHIMPUNAN BULANAN JHEKS JULAI 2025

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini