Utama Aktiviti Jabatan JHEKS Selangor dengan Kerjasama UiTM mengadakan Program Bicara Pakar: Peranan Kesatuan Sekerja...

JHEKS Selangor dengan Kerjasama UiTM mengadakan Program Bicara Pakar: Peranan Kesatuan Sekerja dalam Organisasi

154
0

JHEKS Selangor dengan kerjasama UiTM baru-baru ini telah menganjurkan Program Bicara Pakar: Peranan Kesatuan Sekerja Dalam Organisasi. Program yang disiarkan secara langsung menerusi platform media dalam talian Facebook rasmi JHEKS dan Youtube rasmi JHEKS ini diadakan pada 16 Februari 2022 jam 10 pagi.

Pelbagai isu terkait dengan kesatuan sekerja telah dikupas dengan lebih lanjut oleh panel program berkenaan, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Selangor, Tuan Haji Azzal Bin Abu Talib bersama-sama moderator Encik Ahamd Faisal Mohammed Fiah.

Catatan nota ringkas pengisian program berkenaan turut dikongsikan oleh Puan Wan Nor Azura melalui ruangan komentar di Facebook seperti berikut:

Ringkasan Bicara Pakar: Peranan Kesatuan Sekerja dalam Organisasi

Apa hak berkesatuan?

Kesatuan terletak di bawah satu akta yang membolehkan pihak kesatuan berunding dengan pihak majikan dan pihak-pihak berwajib. Suara kesatuanakan lebih didengar oleh pihak pengurusan berbanding berhubungan secara individual. Keputusan yang lebih harmoni akan dapat dicapai. Sekiranya berlakunya sesuatu isu seperti dibuang kerja dan penurunan pangkat yang melibatkan kes mahkamah, perkara tersebut akan mendapat pembelaan dan sokongan daripada pihak kesatuan dan peguam yang dilantik.

Individu digalakkan untuk menjadi ahli di dalam kesatuan kerja bagi memastikan hak-hak sebagai pekerja terjaga. Perbincangan dengan pihak JPA juga akan diberi ruang yang lebih baik kerana kesatuan akan mewakili pekerja-pekerja di organisasi masing-masing.

Pihak kesatuan juga memerlukan yuran daripada ahli bagi tujuan pengoperasian dan pelbagai aktiviti yang melibatkan kos. Adalah tidak wajar bagi ahli jawatankuasa mengeluarkan wang sendiri bagi tujuan kesatuan.

Ketua atau Exco kesatuan yang dilantik perlu lebih bertanggungjawab dan bersedia untuk memperjuangkan isu-isu ahli.

Soalan peserta mengenai perlukah diwajibkan bagi setiap organisasi memastikan setiap pekerja menjadi ahli kesatuan?

Program kesedaran berpesatuan perlu di adakan bagi memastikan setiap individu mengetahui kelebihan dan kebaikan berpesatuan. Isu dibincangkan kerana ada dikalangan pekerja yang akan mendapat manfaat dari kesatuan apabila sesuatu perkara diperjuangkan dan mendapat kelulusan. Contohnya isu kenaikan gaji. Apabila kesatuan memperjuangkan isu kenaikan gaji, kelulusan akan diberikan kepada semua pekerja walaupun tidak menjadi ahli kesatuan. Namun ada di antara majikan yang tidak suka akan kewujudan kesatuan.

Ada di antara majikan tidak menyukai kewujudan kesatuan kerana disebabkan imej yang ditonjolkan sebagai pemberontak. Kesatuan perlu menunjukkan satu contoh yang baik, supaya majikan dapat merasai kehadiran kesatuan akan membantu pihak pengurusan bagi sama-sama membangunkan organisasi. Konsep pengharmonian (smart partnership) iaitu jatuh bangun bersama pengurusan perlu diterapkan kepada Exco Kesatuan.

Pihak Kesatuan perlu lebih professional dalam menangani isu-isu pekerja. Piket boleh dilakukan mengikut batas-batas contohnya tidak berpiket waktu kerja.

Isu Undi sulit

Pindaan perlembagaan boleh dilakukan melalui undi sulit. Undi sulit termaktub di dalam akta 262 dan ianya perlu dikekalkan kerana ia merupakan satu “trademark” kepada kesatuan dan lebih berfungsi. Ianya adalah satu yang mandatori di dalam akta. Undi sulit adalah lebih harmoni bagi sesuatu pemilihan.

Penubuhan Kesatuan terbahagi kepada 4 kategori:

  • Establishment – contohnya untuk kilang, khas untuk pekerja di kilang
  • Trade – perniagaan contohnya perniagaan goldsmith,
  • Occupation – persatuan pemandu
  • Industri – terbuka kepada setiap industri contoh, media.

Bagaimana Kesatuan perlu tangani dengan cabaran masa hadapan dengan kemajuan media sosial

Pihak kesatuan perlu mengambil peluang untuk menambah keahlian melalui media sosial/online. Penjimatan kos dapat dilaksanakan dengan kemajuan teknologi. Kesatuan juga boleh melaksanakan program latihan melalui media sosial bagi memberi maklumat kepada ahli-ahli.

Bolehkah berkesatuan semasa waktu kerja?

Ini bergantung kepada organisasi tertentu dan majikan. Hubungan yang baik adalah perlu di antara pihak pengurusan dan Exco Kesatuan untuk melaksanakan aktiviti kesatuan semasa waktu kerja. Apa saja yang dilakukan perlu ada trust daripada majikan. Bina hubungan yang baik dengan pengurusan atau majikan. Jalankan amanah sebagai pekerja dan amanah sebagai Exco.

Namun, Exco diingatkan juga tidak menjadikan kesatuan melebihi kerja hakiki. Kerja hakiki perlu dilaksanakan dan berpada-pada dalam berkesatuan.

Bagaimana untuk memahami individu mengenai perjuangan kesatuan dan pesanan daripada penceramah

Binalah “trust” (kepercayaan) bagi memudahkan sesuatu program dilaksanakan. Rapport (perhubungan) perlu akrab, kesatuan adalah suatu perjuangan yang satu. Ianya akan menguatkan lagi sesuatu kesatuan. Ini akan membuatkan ahli-ahli akan memberi kepercayaan kepada pihak kesatuan. JAEKS juga mempunyai program-program kesedaran berkesatuan bagi mempromosi faedah menjadi ahli kesatuan. Ini bagi meningkatkan dana kesatuan. Kempen-kempen kesedaran, sebagai presiden perlu mempunyai kesedaran dan sentiasa turun padang. Kesatuan perlu melakukan program yang boleh meningkatkan kepercayaan ahli dan mejalinkan hubungan yang lebih akrab di antara ahli dan pihak majikan. Sesuatu program perlu diadakan bagi menunjukkan sebuah kesatuan itu kukuh.

Harapan JHEKS

JHEKS telah mula turun padang bertemu kesatuan-kesatuan yang bermasalah dan kurang kefahaman tentang pelbagai perkara. Kesatuan boleh merujuk dan bekerjasama dengan pihak JHEKS supaya tidak termasuk dalam kesatuan-kesatuan yang bermasalah.

Artikel sebelum iniPensyarah IPTA dibenarkan menganggotai Kesatuan Sekerja
Artikel seterusnyaProgram Kesedaran Berkesatuan bersama Pelajar IKBN Bukit Mertajam
Jawatankuasa Pembangunan Laman Web Rasmi Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS)

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini