Utama Uncategorized ILHAM KESUMA – Manfaat untuk Majikan yang menawarkan Latihan Industri berstruktur dan...

ILHAM KESUMA – Manfaat untuk Majikan yang menawarkan Latihan Industri berstruktur dan berbayar

129
0

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) memperkenalkan Insentif Latihan Amali (ILHAM) KESUMA bagi membantu bakat baharu dan merancakkan sektor pekerjaan negara.

ILHAM KESUMA merangkumi empat komponen utama iaitu Program Latihan Industri Berstruktur Nasional (MySIP), Geran Padanan Industri untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan syarikat pemula (LiKES), Program Skim Latihan Industri (ITS), serta program-program sokongan seperti MyNext dan sebagainya.

Menteri KESUMA, Steven Sim Chee Keong berkata, MySIP oleh Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) memberi potongan cukai berganda kepada majikan yang memberi penempatan latihan industri kepada pelajar dan memberi latihan secara secara berstruktur mengikut keperluan dunia pekerjaan sebenar.

Di bawah ILHAM turut menyentuh komponen Geran Padanan Latihan Industri Untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana dan syarikat pemula (LiKES) berjumlah RM30 juta.

“Menerusi LiKES, misalnya sebuah syarikat PKS dan pemula mengambil pelajar untuk menjalani latihan industri, mereka akan menebus semula kadar elaun bulanan yang diberikan kepada pelajar berkenaan.

“Namun, majikan perlu mendapatkan kelulusan program berstruktur yang bakal diberikan kepada pelajar latihan industri daripada TalentCorp yang diberi mandat untuk memacu strategi bakat Malaysia oleh KESUMA,” katanya.

Katanya, komponen ketiga dalam Latihan Perindustrian (ITS) di bawah Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) sebagai sebahagian daripada pakej latihan industri holistik KESUMA yang bersesuaian untuk majikan.

“Berkuat kuasa serta-merta, majikan boleh menggunakan sehingga 50 peratus daripada baki levi mereka pada Januari 2024 untuk tahun tafsiran ITS berkenaan.

“Had siling untuk elaun latihan bulanan yang boleh dituntut untuk setiap pelatih di bawah skim ITS juga telah dihapuskan,” katanya.

Manakala, komponen keempat membabitkan program sokongan untuk pelajar seperti platform MyNext yang membantu pelajar mendapatkan penempatan latihan industri.

Jelasnya, komponen di dalam ILHAM mencakupi untuk memacu Dasar Latihan Amali Negara yang bakal dimasukkan di dalam Dasar Sumber Manusia Nasional menjelang Mei ini.

“Seperti yang anda ketahui, sejak tahun 2012 TalentCorp telah memperjuangkan latihan industri yang mampan sebagai salah satu strategi untuk mengoptimumkan kumpulan bakat Malaysia.

“Dengan adanya MySIP, ia bertindak sebagai satu galakkan kepada para majikan untuk melihat latihan industri secara serius. Selain daripada menyediakan rangka kerja serta menyediakan latihan industri yang berstruktur, syarikat MySIP juga dikehendaki membayar elaun minimum kepada pelatih mereka.

“Ia adalah syarat minimum yang telah ditetapkan bagi memastikan bahawa kedua-dua majikan dan pelatih mendapat manfaat sepanjang tempoh latihan,” katanya.

Jelasnya, bersandarkan peningkatan jumlah pelajar di institut pengajian tinggi, jumlah pelajar yang perlu menjalani latihan industri setiap tahun kini melebihi 277,000.

“Justeru, wujud keperluan untuk membuat semakan semula terhadap latihan industri, termasuklah kecukupan syarikat dalam menawarkan penempatan latihan industri yang berstruktur dan menyeluruh bagi kepentingan pelajar, serta hala tuju latihan industri di negara ini,” katanya.

Artikel sebelum iniBengkel Pemantapan Sistem e-TUIS Negeri Pulau Pinang, Kedah & Perlis
Jawatankuasa Pembangunan Laman Web Rasmi Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS)

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini