Utama Aktiviti Jabatan BENGKEL PEMANTAPAN SISTEM e-TUIS 2025 BAGI NEGERI MELAKA & NEGERI SEMBILAN

BENGKEL PEMANTAPAN SISTEM e-TUIS 2025 BAGI NEGERI MELAKA & NEGERI SEMBILAN

368
0

MELAKA, 17 April 2025 – Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) telah berjaya menganjurkan Bengkel Pemantapan Sistem e-TUIS Tahun 2025 yang melibatkan wakil-wakil kesatuan sekerja dari Negeri Melaka dan Negeri Sembilan. Bengkel sehari ini telah diadakan di Bilik Latihan Komputer, Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Melaka.

Seramai 23 orang peserta yang mewakili pelbagai kesatuan sekerja dari kedua-dua negeri telah menyertai bengkel ini yang bertujuan untuk memperkukuh kefahaman dan kemahiran dalam penggunaan Sistem Maklumat Kesatuan Sekerja Elektronik (e-TUIS).

Bengkel ini turut dibantu oleh empat orang wakil daripada pihak pembekal sistem, yang berperanan sebagai pembantu fasilitator dan penceramah teknikal, diketuai oleh Cik Azrin binti Zulkeply. Mereka telah memberikan bimbingan dan penerangan mendalam berkenaan ciri-ciri serta fungsi terkini sistem e-TUIS.

Inisiatif ini merupakan salah satu usaha berterusan JHEKS dalam menyokong transformasi digital pengurusan kesatuan sekerja di samping meningkatkan kecekapan dan keupayaan pengguna sistem dalam kalangan wakil kesatuan di peringkat negeri.

Melalui bengkel ini, JHEKS komited untuk memastikan sistem e-TUIS digunakan secara optimum demi mencapai tadbir urus kesatuan yang lebih cekap, telus dan berkesan selaras dengan kehendak semasa perkhidmatan awam digital.

Artikel sebelum iniMajlis Perasmian Pameran Solidariti Pergerakan Kesatuan Sekerja di Malaysia Tahun 2024
Artikel seterusnyaBENGKEL PEMANTAPAN SISTEM e-TUIS 2025 BAGI NEGERI PAHANG PERKUKUH KEFAHAMAN DIGITAL WAKIL KESATUAN

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini