Utama Aktiviti Jabatan Program CSR JHEKS Perak di Pusat Konservasi Hidupan Liar Tuntung, Bota Kanan,...

Program CSR JHEKS Perak di Pusat Konservasi Hidupan Liar Tuntung, Bota Kanan, Perak

678
0

BOTA KANAN, PERAK, 22 Oktober 2023 – Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Perak dengan kerjasama kesatuan-kesatuan sekerja di negeri Perak telah mengadakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Pusat Konservasi Hidupan Liar Tuntung, Bota Kanan, Perak.

Seramai kira-kira 150 orang peserta telah hadir menjayakan program ini mewakili:

  • Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Perak
  • Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS)
  • Gabungan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Kerani Dan Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS) Perak
  • Kesatuan Perkhidmatan Pergurusan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP)
  • Kesatuan Penghulu Penggawa Negeri Perak
  • Kesatuan Pekerja-Pekerja Proton Tanjung Malim
  • Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Air Perak
  • Kesatuan Kakitangan Akademik Universiti Sultan Azlan Shah
  • Kesatuan Pegawai Am Universiti Pendidikan Sultan Idris

Pelbagai aktiviti kerjasama pelbagai pihak diadakan di pusat konservasi berkenaan seperti gotong royong mengecat stor, menanam pokok, membersihkan kolam tuntung, kawasan sekitar pusat konservasi, dan kawasan pelepasan tuntung, serta melepaskan anak anak tuntung di tebing Sungai Perak.

Pihak JHEKS Perak turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh pihak yang turut serta menjayakan program tersebut.

Artikel sebelum iniKunjungan hormat KP Kesatuan Sekerja ke atas KSU KPM
Artikel seterusnyaProgram Kesedaran Berkesatuan di Politeknik Kuala Terengganu
Jawatankuasa Pembangunan Laman Web Rasmi Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS)

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini