KUALA LUMPUR, 5 September 2023 – Satu sesi libat urus bersama pemain industri berhubung cadangan pindaan Akta Kesatuan Sekerja 1959 (Akta 262) Zon Tengah (Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya) telah di adakan di Menara MITI di sini hari ini.
Seramai 23 orang peserta mewakili 16 majikan dan persatuan majikan telah menghadiri sesi libat urus anjuran Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS).
Akta Kesatuan Sekerja 1959 (Akta 262) sedang di dalam proses membawakan cadangan pindaan Akta Kesatuan Sekerja 1959 (Akta 262) dan turut melibatkan para pemain industri untuk memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut.
Sesi libat urus ini telah dirasmikan oleh Puan Zuraini binti Abu Kassim, Pengarah Kanan, Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja.