Utama Aktiviti Jabatan Program Kesedaran Berkesatuan bersama Pelajar IKBN Bukit Mertajam

Program Kesedaran Berkesatuan bersama Pelajar IKBN Bukit Mertajam

67
0
BUKIT MERTAJAM, 21 Mac 2023 – Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Pulau Pinang, Kedah dan Perlis telah menganjurkan Program Kesedaran Berkesatuan bersama-sama Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam.

Program yang dihadiri oleh seramai kira-kira 150 orang pelajar IKBN Bukit Mertajam ini diadakan bagi tujuan memupuk kesedaran mengenai kelebihan dan hak-hak pekerja menerusi penubuhan kesatuan sekerja. Para peserta program turut didedahkan dengan maklumat berkaitan rundingan kolektif dengan majikan bagi mewujudkan persekitaran pekerjaan yang lebih adil, saksama dan produktif.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Penolong Ketua Pengarah Bahagian Pergerakan Kesatuan Sekerja, Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Encik Mohd Azhar bin Ahmad.
Artikel sebelum iniJHEKS Selangor dengan Kerjasama UiTM mengadakan Program Bicara Pakar: Peranan Kesatuan Sekerja dalam Organisasi
Artikel seterusnyaKursus Pengurusan Kesatuan Sekerja Siri 1/2023 Anjuran JHEKS Selangor
Jawatankuasa Pembangunan Laman Web Rasmi Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS)

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini