Soalan Lazim

Soalan Lazim (FAQ)

  • Adakah Penubuhan Kesatuan Sekerja terhad kepada pekerja-pekerja sahaja?

    Tidak, pihak majikan juga boleh menubuhkan kesatuan  sekerja khusus untuk mereka.

  • Apakah syarat penting yang membolehkan kesatuan sekerja ditubuhkan?

    Mereka itu hendaklah terdiri daripada mereka yang bekerja, bertugas dalam suatu penubuhan (establishment, trade, pekerjaan atau industri yang tertentu atau dalam apa-apa trade, pekerjaan atau industri yang serupa. Pegawai kesatuan hendaklah berumur 21 tahun dan ke atas.

  • Adakah pekerja-pekerja di sektor awam/kerajaan boleh bergabung dengan sektor swasta untuk tubuhkan sebuah kesatuan sekerja ?

    Tidak boleh.

  • Adakah kesemua pekerja-pekerja sektor awam dan berkanun dibolehkan menjadi anggota kesatuan?

    Tidak. Mereka yang ditegah menjadi anggota kesatuan ialah : Anggota polis Diraja Malaysia, anggota-anggota mana-mana perkhidmatan penjara, anggota-anggota angkatan bersenjata, pegawai-pegawai awam yang bertugas dalam keupayaan sulit atau keselamatan, dan pegawai-pegawai awam yang dilarang di bawah mana-mana undang-undang bertulis, atau Pegawai-pegawai awam yang memegang sesuatu jawatan di dalam Kumpulan Pengurusan dan Ikhtisas melainkan pegawai-pegawai awam, atau kelas kategori atau merupakan pegawai awam di dalam kumpulan tersebut, yang tidak dikecualikan oleh suatu arahan bertulis yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara.

  • Siapakah yang layak menjadi pegawai Kesatuan Sekerja?

    Warganegara Malaysia dan berumur 21 tahun dan ke atas. Bukan pegawai sesebuah kesatuan sekerja yang pernah dibatalkan oleh KPKS. Bukan pemegang jawatan atau pekerja suatu parti politik.

Hubungi Kami

Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia,
Kementerian Sumber Manusia,
Aras 2, Blok D4, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

  03-8886 5499
  03-8889 2429
  jheks@mohr.gov.my

 

BILANGAN PELAWAT

01528966
Hari ini
Semalam
Minggu ini
Jumlah Keseluruhan
297
877
297
1528966

MEDIA SOSIAL

We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site.Agree