Mengenai
Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja
JHEKS

Profil Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS)

Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Pejabat Pendaftaran Kesatuan Sekerja telah ditubuhkan dalam bulan Julai 1946. Jabatan ini adalah untuk menguatkuasakan Enakmen Kesatuan Sekerja 1940 yang mula berkuatkuasa pada tahun 1946. Di bawah enakmen tersebut, setiap kesatuan dikehendaki memohon kepada Pendaftar Kesatuan Sekerja untuk didaftarkan. Berikutan perundingan yang diadakan antara pihak Kerajaan, majikan dan kesatuan sekerja, Ordinan Kesatuan Sekerja 1959 telah dikuatkuasakan mulai 1 Jun 1959 untuk menggantikan Enakmen Kesatuan Sekerja 1940. Di bawah ordinan tersebut, semua kesatuan sekerja dikehendaki memohon kepada Pendaftar Kesatuan Sekerja untuk didaftarkan.

Selepas penubuhan Malaysia pada 16 September 1963, Ordinan tersebut telah diperluaskan ke Sabah pada 25 Mac 1965 dan Sarawak pada 19 Ogos 1965. Ordinan tersebut telah disemak semula oleh Pesuruhjaya Penyemakan Undang-undang dalam tahun 1981 dan dinamakan sebagai Akta Kesatuan Sekerja 1959. Akta tersebut telah dipinda dalam tahun 1989 dan, berbangkit daripada pindaan itu, gelaran Pendaftar Kesatuan Sekerja telah diubah kepada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja untuk mencerminkan peranan dan tanggungjawab sebenar Ketua Pengarah selain daripada mendaftarkan kesatuan sekerja. Dengan itu, nama Pejabat Pendaftaran Kesatuan Sekerja telah diubah kepada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja.

Piagam Pelanggan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja

Kami berazam untuk memberi perkhidmatan yang bermutu, cekap, tegas, mesra, adil dan saksama sebagai usaha untuk memuaskan hati pelanggan kami dalam aspek-aspek berikut:-

  • Memutuskan permohonan untuk pendaftaran Kesatuan Sekerja dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh Jabatan ini;
  • Memutuskan permohonan untuk pendaftaran peraturan-peraturan baru, perubahan peraturan-peraturan Kesatuan Sekerja dalam tempoh tiga (3) bulan daripada permohonan yang lengkap diterima oleh Jabatan;
  • Memutuskan isu kelayakan Kesatuan Sekerja untuk mewakili pekerja sesebuah syarikat dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh isu tersebut dirujuk kepada Jabatan ini;
  • Menentukan keanggotaan Kesatuan Sekerja dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh rujukan diterima oleh Jabatan ini;
  • Memutuskan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh menerima pemberitahuan daripada pihak Kesatuan Sekerja tentang kesahihan undi rahsia yang dijalankan oleh Kesatuan Sekerja yang bercadang untuk melancarkan mogok;
  • Memutuskan permohonan untuk kebenaran bergabung dengan badan perunding luar negara dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima oleh Jabatan ini;
  • Memutuskan permohonan pengecualian di bawah Peraturan 68, Peraturan-Peraturan Kesatuan sekerja 1959 dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh permohonan yang lengkap diterima olej Jabatan ini;
  • Menyiasat setiap aduan yang berkaitan dengan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh aduan diterima oleh Jabatan ini;
  • Memberi khidmat nasihat dan memberi maklumbalas ke atas pertanyaan pelanggan dengan pantas, tepat dan mesra.

Fungsi Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja

  • Menguatkuasakan Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan Peraturan-Peraturan Kesatuan Sekerja 1959.
  • Menyelia, mengarah dan mengawal secara am mengenai semua perkara yang berkaitan dengan Kesatuan Sekerja di Negara ini.
  • Menimbangkan permohonan-permohonan untuk pendaftaran Kesatuan Sekerja yang ditubuhkan oleh para pekerja dan majikan.
  • Memastikan Kesatuan Sekerja yang berdaftar bergerak mengikut undang-undang Kesatuan Sekerja, perlembangaan dan peraturan-peraturan Kesatuan Sekerja itu sendiri.
  • Menasihati pegawai-pegawai dan ahli Kesatuan Sekerja mengenai aspek-aspek pentadbiran, kewangan dan perundangan Kesatuan Sekerja.
  • Menasihatkan Y.B. Menteri Sumber Manusia mengenai undang-undang dan polisi yang berkaitan dengan Kesatuan Sekerja khasnya dan perkara perburuhan amnya.

Visi, Misi dan Objektif Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja

Visi
Visi
Menjadi agensi yang unggul dalam pengurusan dan pembangunan pergerakan Kesatuan Sekerja.
Misi
Misi
Memastikan Kesatuan Sekerja bergerak secara demokratik dan bertanggungjawab bagi mewujudkan suasana perhubungan perusahaan yang harmoni.
Objektif
Objektif
Memastikan Kesatuan Sekerja bergerak dengan sihat bagi mewujudkan warga kerja yang berpuas hati, berdisiplin dan produktif ke arah pencapaian matlamat pembangunan sosio-ekonomi Negara.
Image

KETUA PEGAWAI MAKLUMAT (CIO)

Encik Roslee Sabaruddin Abu

roslee@mohr.gov.my
03-88862326

Anda bersedia?

Kecapi kemakmuran bersama di dalam Kesatuan Sekerja

BILANGAN PELAWAT

01431340
Hari ini
Semalam
Minggu ini
Jumlah Keseluruhan
251
3784
6681
1431340

MEDIA SOSIAL

We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site.Agree